Ahad, 29 Mei 2022

KOKOTUAN DALAM KENANGAN 

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. Sebilangan KDMR dan golongan generasi penanam padi pelbagai etnik dalam negeri ini mengakui menuai padi tinggal kenangan berikutan mereka tidak lagi melakukan kerja menanam padi masa kini sebaliknya berkerja bidang lain, malah ada diantara generasi etnik terlibat sekadar membeli beras dikedai sebagai sumber makanan harian mereka berikutan mengalihkan pekerjaan yang lebih moden sesuai dengan kelayakan pendidikan masing masing.

Sesetengah warga KDMR serta etnik generasi penanam padi dahulu sekadar membeli Sikutan sebagai peringatan mereka setiap kali musim menuai padi menjelang bulan Mei atau awal June setiap tahun, bagi melihat padi menguning majoriti mereka generasi etnik penanam padi sekadar melihat gambar yang ditayang dalam mana mana penyiaran serta mana mana ladang padi yang mereka lalui setiap hari ujar mereka. 

Apapun hanya etnik generasi penanam padi  sahaja yang mengetahui sejarah pengalaman memelihara sepanjang penjagaan padi setiap tahun yang kini kian jauh ketinggalan generasi masa kini dan akan datang. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan