Rabu, 10 September 2025

REJIM ZIONIS PAMER LANGKAH PERANG?

Oleh. Danny Rew, Helary Sukiono dan Huzera Ben

Qatar. Rejim zionis Israel menjadi tanda 

tanya semua warga apa kah mereka (Israel) cuba mempamerkan daya upaya pe
rang keatas negara sekeliling mereka, antaranya Gaza, Rafah, Lubnan, Iran dan kini Doha Qatar umpama Israel 
berkuasa segalanya bagi menuduh negara negara diserang menjadi sarang militan. 
     Sebaik sahaja Gaza hancur dari serangan Israel tanpa menjumpai markas Pejuang Hamas dan Pejuang AlQassam, kini rejim zionis Israel mendakwa pejuang Hamas ada di Doha sampai mereka mengebom beberapa tempat yang didakwa persembunyian Hamas dan para pejuang lain.

        Kebanyakan korban serangan hanya melibatkan orang awam berikutan setiap pejuang sentiasa bersiapsiaga berlindung diri dalam markas mereka, ada juga warga yang mendakwa pengintip Israel yang memburu para pejuang Hamas, AlQassam dan Hizbollah sebenarnya gagal dalam tugasan mereka.

       Akibat kegagalan pengintip Israel setiap serangan rejim Zionis Israel pada persembunyian yang dilapor pejuang hanya membunuh dan mencederakan orang awan, malah kesiapsiagaan para pejuang mengawal sekeliling markas persembunyian mereka mampu memesongkan pengintipan upahan zionis Israel pada setiap negara yang diserang.

       Kekuatan Israel dilaporkan bergantung pada sokongan Donald Trump presiden Amerika Syarikat yang sentiasa memberi sokongan segala rancangan Benjamin Netanyahu, para pemimpin negara negara maju sahaja yang mampu merangka pelan dan tindakan yang boleh dikenakan pada setiap kesalahan Benjamin Netanyahu menyerang orang tidak bersalah.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan