Sabah. Rakyat negeri ini mendedahkah majoriti jalan raya tanah rendah yang kerap ditenggelami air berpunca dari ketidak sempurnaan perparitan.
Malah ada juga jalan raya lama yang dilaporkan langsung hilang perparitan akibat hakisan timbunan tanah sehingga ianya menjadi seperti sungai pada musim hujan, semua ini wajar di renung golongan pemimpin disetiap kawasan dewan undangan negeri bagi langkah pemantauan dan pembaikan sepanjang masa tanpa mengabaikan rakyat pengguna.
Negeri Sabah dilaporkan memiliki 73 kerusi Dewan Undangan Negeri pada masa kini dan dilaporkan masih banyak jalan raya yang tidak sempurna semasa musim hujan, tidak hairan lah warga banyak merasa keciwa dengan masaalah seumpama ditanah rendah manakala tanah tinggi juga dilaporkan kerap putus akibat tanah runtuh jalan raya mereka.
Satu lagi masaalah dikawasan sungai adalah pembinaan jambatan rendah laluan kenderaan tanpa mengkaji kederasan air banjir setiap tahun yang sentiasa berubah rubah, bila berlaku banjir besar sekali sahaja tiang jembatan dilanggar terus ranap mengikut arus banjir entah kemana berhentinya yang hanya ditonton warga setempat ujar orang Sabah.
Apapun pendedahan ini sekadar renungan semua orang pemimpin yang diamanahkan menerusi 73 kerusi Dun supaya kerap menemui rakyat jelata sepanjang tahun, rakyat jelata juga berperanan menjadi mata dan telinga kerajaan bagi mendedahkan setiap masaalah pembangunan terabai dikawasan mereka tanpa bertangguh.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan