Rabu, 10 September 2025

LANGKAH KANAN ISRAEL SERANG DOHA

Oleh. Danny Rew 

Qatar. Serangan rejim zionis Israel terhadap Doha sebagai alasan memburu Hizbollah, Hamas dan AlQassam yang dilaporkan bersembunyi dikawasan tersebut.

      Semua alasan Israel ini tidak merujuk perundangan setiap negara yang mereka serang sesuka hati walaupun keberadaan MILITAN dikawasan berkenaan, penangkapan kumpulan MILITAN yang didakwa Israel bersembunyi di Doha Qatar adalah urusan tugas pasukan Polis dan Tentera negara Qatar bukan nya urusan Israel.

       Kebanyakan penduduk Doha Qatar menyifatkan Israel hanya pencetus perang tanpa sebab dan tidak jelas keberadaan Militan di Doha jelas mereka, jika benar wujud markas MILITAN di Doha masa kini mengapa Israel yang bersungguh sungguh membedil dengan Bom tanpa berbincang dengan pemerintah Qatar lapor mereka.

      Ini lah sebenar Israel yang disifatkan sebilangan  pemimpin dunia sebagai Perancang Perang Kepala Besar setiap negara negara yang diduduki umat Islam sekitar negara Arab, zionis Israel juga bijak memperdaya dunia mendakwa kewujudan MILITAN disetiap kawasan serangan mereka namun yang terbunuh dilaporkan tidak ada pakaian Militan malah ianya golongan rakyat biasa ujar mereka. 

      Selepas Doha Qatar adakah Israel akan menyerang lagi Iran atau mana mana negara Arab yang berhampiran tidak ada siapa mampu meramal tindak tanduk rejim Zionis Israel, hanya satu yang perlu setiap negara negara Islam para pemimpin kerajaan mereka wajib mempersiapkan pertahanan keselamatan negara mereka agar tidak muda diceroboh senjata canggih Israel.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan