Rabu, 10 September 2025

NEPAL DIAMBANG KEKACAUAN?

Oleh. Helary Sukiono 

Kathmandu. Isu rusuhan warga di

beberapa kawa

saan dalam negara ini terus membimbangkan pihak keselamatan serta pemerintah negara ini. 
      Pelaku rusuhan juga dilaporkan bertindak ganas dalam kumpulan ramai dengan pelbagai bantahan keatas pihak pemerintah, malah dalam situasi seumpama dilaporkan bukan muda bagi menyuraikan kumpulan perusuh menutupi ruangan dijalan raya sehingga menakutkan warga desa. 

       Menurut sumber pihak berkuasa Nepal ramai yang cedera akibat rempuhan semasa berarak dijalan raya malah ada juga pasukan Polis yang turut cedera semasa bertugas mencegah rusuhan, pertambahan rusuhan setiap hari juga menimbulkan kesukaran pengawalan dijalan raya walaupun pelbagai usaha Polis menyuraikan mereka namun dilapor enggan mematuhi arahan tersebut.

     Selain dari itu tindakan pemerintah menutup beberapa media sosial diseluruh negara Nepal turut menjadi kemarahan sebilangan penduduk negara tersebut, penutupan terlibat berpunca dari saluran media sosial berkenaan tidak didaftarkan dengan pemerintah Nepal sejak tahun 2023 sebaik sahaja parlimen menguatkuasakan perundangan negara berkenaan.

       Antara media sosial yang ditutup adalah Facebook, Youtube, X dan Linkedin milik Meta jelas Ganjendra Kumar Thekur jurucakap  Kementerian Komunikasi  Dan Teknologi Imgormasi Nepal, kemarahan rakyat terus membara masa kini namun dilaporkan mampu berkurangan sebaik sahaja media sosial milik Meta didaftarkan kepada pemerintah negara berkenaan dalam masa terdekat.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

       
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan