Sabah. Warga yang bekerja sendiri dan berdaftar peng
Setakat ramalan jiwa masing masing belum memastikan jumlah penyokong mereka tanpa menemui rakyat pengundi sebenar, yang memberi undi adalah rakyat kota dan rakyat kampung yang masing masing menempuh kehidupan masing masing tiap hari.
Ini suara penduduk bandar, pekan dan perkampungan berikutan perdebatan panas berkaitan sokongan antara BN dan GRS tanpa ada yang menemui mereka (rakyat pengundi), amat menyedihkan orang kampung sentiasa menanggung derita penuh kerja kerja kampung namun tidak banyak orang politik memahami derita mereka.
Ada juga orang kampung mendedahkan ada orang politik hanya datang jenguk rakyat bila hampir pilihan raya dengan kata kata manis umpama gula, namun lepas sahaja pilihan raya golongan terlibat tidak pernah sampai ke kampung lebih 4 tahun bagi menanti pilihan raya semula lepas sepenggal yang lepas.
Menurut orang orang kampung yang ditemui, cuba orang politik di 73 Dun Sabah turun padang sebenar berjumpa orang kampung bagi mengetahui pilihan undi mereka, lepas orang kampung bersuara baru lah boleh meramalkan himpunan suara dan nama orang kampung yang menyokong sesebuah parti untuk masa depan mereka.
Kebanyakan orang kampung menyifatkan bukan muda meramalkan antara BN dan GRS memandangkan belum ada petanda bila Dun Sabah dibubarkan, selain dari itu perlawanan politik di Sabah terlalu banyak pada pilihan raya negeri ini pada tahun ini yang dijangka November 2025 ujar orang kampung.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


Tiada ulasan:
Catat Ulasan