Khamis, 11 September 2025

PILIHAN MENERAJUI INTERIM NEPAL

Oleh. Helary Sukiono

Kathmandu. Angkatan Tentera Nepal mencadangkan Sushila Karki Bekas Ketua Mahkamah Agung Nepal sebagai calon memimpin sementara negara tersebut berikutan rusuhan meletus sukar dikawal, ianya juga menyebabkan Presiden dan Perdana Menteri negara tersebut serentak meletak jawatan menyebabkan Tentera mengawal keadaan sehingga kini.

        Dengan persetujuan Sushila Karki memimpin sementara Nepal dilaporkan para penunjuk perasaan mula berkurangan malah rakyat Nepal mengharapkan sesuatu pembaharuan kerajaan untuk ekonomi rakyat, malah dalam situasi tegang memuncak di negara ini bukan muda memulihkan situasi keamanan apa tak lagi memulihkan ekonomi serta membangun segala kemusnahan yang telah berlaku ianya bergantung kebijaksanaan. 

       Keupayaan Ketua Tentera Nepal bagi mencadangkan Sushila Karki 73 tahun memimpin sementara bagi menyusun jentera kearah pemulihan pemimpin, pemulihan pembangunan serta ekonomi, dilaporkan terdapat banyak pengalaman bekas ketua Hakim Mahkamah Agung tersebut bagi cara cara penyusunan dan pembentukan pentabdiran negara yang boleh diterima seluruh warga Nepal. 

     Adalah menjadi harapan pasukan tentera Nepal akan berhentilah segala penunjuk perasaan sehingga memusnahkan pelbagai harta kerajaan dan kemudahan awam sepanjang rusuhan berlaku, kesediaan Sushila Karki menerima pemimpin sementara negara Nepal diyakini tentera mampu diterima seluruh rakyat Nepal yang merusuh sehingga kemusnahan, kematian dan kecederaan yang tidak diduga.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan