Jumaat, 5 September 2025

DESAKAN CARI WANG JUAL DAGING ?

Oleh. Helary Sukiono

Sumatera. Dalam tekanan hidup tanpa kewangan seorang insan sanggup menangkap kucing yang bersih untuk dipotong dan dil

aporkan sebagai daging Kambing muda dijual kepada orang sekeliling kawasan Sumetara Selatan. 
        
      Kisah tersebut selepas Sujady ditahan pihak berkuasa Pagar Alam Sumatera Selatan bersama beberapa ekor kucing yang belum sempat disembelihnya, hasil soal siasat pihak berkuasa Sujady mengaku melakukan semuanya akibat buntu bagi mendapat sumber kewangan bagi sara kehidupan setiap hari.

        Menurut warga setempat pada mulanya mereka tidak tahu sebarang tekanan hidup Sujady namun apabila ada yang viralkan perbuatan nya seluruh Sumetara Selatan amnya berhampiran, maka seluruh Pagar Alam Sumatera Selatan  baru tahu perniagaan Sujady adalah daging Kucing yang dijual RP120,000 dan jika ditawar pembeli diturunkan RP100,000 sahaja bagi 1 Kg ujar mereka. 

       Media Terkini dimaklumkan Sujady masih lagi dalam siasatan untuk tindakan lanjut pihak berkuasa Sumatera Selatan sehingga berita ini ditulis, namun ada juga warga mencadangkan kepimpinan desa harus mengambil tahu warga mereka yang susah mencari kehidupan agar diberi jalan kearah mendapat kewangan.

       Hakikatnya masa kini ramai warga yang melihat orang susah atau berniaga kecil kecilan diketepikan masyarakat mereka sendiri, malah ada yang memboikot perniagaan halal dilakukan warga yang dikenali sehingga ada yang berpura pura tidak mengenali peniaga berkenaan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan