Isnin, 15 September 2025

PENDUDUK MINTA SUNGAI DIPERDALAMKAN

Oleh. Gifkir Aming

Telipok. Kerajaan Sabah dan Pusat amnya diminta memberi peruntukan bagi mengorek dan memperdalamkan,  saliran sungai Mengkobung yang menjadi perkampungan kiri kanan sepanjang sungai tersebut bagi mengelak bencana banjir.

     Ini disampaikan beberapa warga penduduk sepanjang perkampungan tepi sungai tersebut kepada Media Terkini berhubung masaalah sungai Mongkobung Telipok yang kerap banjir, seharusnya setiap tahun kerajaan negeri atau kerajaan pusat membantu sekurang kurangnya 2 kali penyelanggaraan  pengorekan dan pelebaran sepanjang sungai tersebut lapor mereka.

       Setiap musim hujan sungai Mongkobung Telipok dilaporkan warga setempat kerap membanjiri perkampungan berhampiran sepanjang sungai, ini sangat mencemaskan warga penduduk kampung sepanjang sungai tersebut malah turut menenggelamkan beberapa laluan jalan raya penghubung Telipok ke pekan Kiulu.

       Penduduk kawasan Telipok berharap dengan pendedahan ini pihak kerajaan negeri mahupun diperingkat pusat mampu menangani masaalah mereka, keperluan ada lah lawatan pantas kerajaan pusat meninjau kedudukan sebenar sungai Mongkobung Telipok yang dikelilingi warga penduduk asli tempatan. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang











 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan