Khamis, 8 Julai 2021

SKIM WATSAP SILAP PERANGKAP 

Oleh. Tedung Selar 

Borneo. Masyarakat seluruh Sarawak, Sabah dan Kalimantan dinasihatkan supaya berwaspada dengan talian ganjil  menghantar watsap secara rawak bertulisan mirip Cina tanpa diketahui tujuan mereka.

Diantara talian nombor yang digunakan ialah +201227024..... dan +201007282...... dengan tulisan tidak difahami sesuka hati menghantar pesanan tanpa mengenali siapa juga pemilik nombor telipon.

Penghantar pesanan terlibat tersilap menghantar watsap secara rawak sampai kepada kelab bekas perajurit Sabah dengan wartawan kanan Media Terkini tanpa menggunakan tulisan Melayu mahupun English yang boleh difahami kawasan Borneo ujar kedua dua pemilik talian tersebut.

Sehubungan dengan pendedahan ini pembaca Media Terkini di Malaysia, Brunei, Singapore serta Indonesia wajar berhati hati jika menerima pesanan mesej dari nombor tercatat supaya tidak memberi layanan deni keselamatan butir butir peribadi anda tegas mereka. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan