Selasa, 6 Julai 2021


 CABARAN POLITIK PARLIMEN SABAH

Oleh. Tedung Selar

Persaingan parti parti politik memerintah dengan barisan pembangkang didalam negeri Sabah cukup hebat bagi menawan hati rakyat yang terkesan dengan pandemik covid 19.

Barisan parti politik yang berkerjasama didalam kerajaan memerintah Sabah termasuklah UMNO, BERSATU, STAR, SAPP, PBRS, MCA, MIC  PBS dan PAS manakala dalam kumpulan pembangkang termasuklah WARISAN, UPKO, PKR, AMANAH dan DAP sama sama memasang jentera menghulur bantuan pada rakyat jelata dengan pelbagai cara mereka tersendiri.

Menurut beberapa rakyat jelata yang ditemui sekitar luar bandar amalan memilih golongan penerima bantuan bungkusan makanan semasa pandemik covid 19 masih berterusan terutama dikalangan rakyat jelata berbeza sokongan parti politik tetap diukur segelintir pembahagi sumber bantuan berkenaan.

Situasi seumpama menyebabkan ramai orang tercicir dalam pengagihan bantuan bungkusan makanan antara penyokong kerajaan mahupun pihak parti pembangkang disebabkan ketidak telusan jiwa orang yang diamanahkan membahagi ujar rakyat yang ditemui.

Konsep kesusahan rakyat didalam negeri Sabah masa kini diakui rakyat yang kerap tercicir bantuan masih berlaku malah kadangkala telipon segelintir petugas dan YB tertentu tidak disambut walau berulangkali ujar mereka.

Sehubungan dengan suara rakyat ini golongan pembahagi bantuan dan YB yang tidak menjawab telipon rakyat ubah lah sikap dalam membela semua rakyat walaupun berbeza amalan politik masing masing.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan