Rabu, 21 Julai 2021

Berita Ringkas 

Oleh. Gifkir Aming 

Kuala Lumpur. Kes Covid 19 masa kini kian meningkat walaupun pelbagai sekatan pergerakan dibuat disamping pelbagai vaksin ditempah berserta kematian juga saban hari meningkat seluruh negara entah bagaimana ianya boleh terus berlaku. 

Ramai para pemimpin UMNO bersuara berulangkali kebimbangan dengan nasib rakyat jelata jika wabak tersebut tidak dapat dikurangkan dalam masa terdekat ini memandangkan rakyat jelata semakin tertekan mengurung diri berikutan peningkatan kes luar biasa terutama dalam kematian hari ini 21 Julai 2021 berjumlah 199 orang sehari diseluruh negara. 

Saranan para pemimpin tertinggi UMNO dalam media masa sejak kebelakangan ini mendesak kepimpinan kerajaan masa kini agar menumpukan perhatian khususnya rakyat jelata berpendapatan rendah yang terkesan pandemik Covid 19  masa kini.

Sebagai kerajaan yang prihatin pada rakyat jelata adalah lebih baik menerima pandangan suara rakyat setiap masa  dalam pemilihan vaksin yang dikehendaki individu serta menimbang agar pesakit pesakit kronik dikecualikan dari penyuntikan vaksin di kesan jangkamasa panjang diri mereka.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan