Selasa, 13 Julai 2021

BILA JEJENTAS INI DIBUKA 

Oleh. Jaitos Dumiri 

Kota Kinabalu. Sesiapa sahaja pelancong datang ke Kota Kinabalu akan bertanya JEJANTAS INDAH ini mengapa tidak dibuka untuk orang ramai?, namun bagi warga tempatan ia tidak ubah sebagai pemandangan indah ditengah tengah bandaraya Kota Kinabalu tanpa ada yang menghiraukan nya walaupun sangat penting kegunaan untuk orang ramai yang berjalan kaki menyeberangi jalan raya berkembar.

Kru media terkini yang melakukan tinjauan dekat sini minggu lepas melihat orang selamba sahaja memandang jejentaz tersebut namun bila ditanya mengapa tidak dibuka majoriti kata tidak tahu.

Menurut orang ramai yang ditemui Jejantas tersebut sudah lama terbiar tanpa diketahui siap kah tidak, namun jika dilihat dari sekeliling jejantas tersebut tidak ada sebarang kecacatan pembinaan nya malah ia kelihatan utuh dan mampu memenuhi keperluan pengguna lapor orang ramai.

Rakyat mengharap wakil rakyat dan wakil parlimen mahupun pihak berkuasa tempatan duduk semeja menyelasaikan kemelut JEJENTAS TERBIAR berkenaan supaya boleh digunakan orang ramai setiap hari demi keselamatan nyawa golongan pejalan kaki.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan