Isnin, 19 Julai 2021

COVID  19 TIADA P ENGHUJUNG 

Oleh. Helary Sukiono 

Jakarta. Serangan Covid 19 tidak akan terhenti jika masyarakat mengabaikan penjarakan sosial dan gagal memakai pelitup muka dengan sempurna setiap kali berada dikhalayak ramai.

Kelekaan masyarakat dalam mendepani virus Covid 19 diseluruh dunia mampu memudahkan penularan virus tersebut pada setiap tubuh manusia walau dimana juga berada sehingga sukar dikawal.

Negara ini sehingga hari ini mencatatkan kematian lebih 73,582 orang manakala jangkitan lebih dari 2.87 juta orang.

Dalam negara ini juga sudah 114 doktor telah meninggal serangan Covid 19 sepanjang 17 hari yang lepas tanpa dapat dibendung walaupun mereka petugas barisan hadapan yang muda dijangkiti virus tersebut. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan