Rabu, 14 Julai 2021

PERLANTIKAN JAWATAN TEPAT 

Oleh. Basron Kirwan 

Perlantikan Datuk Seri Mohammad Hassan sebagai Pengurusi Pilihan Raya UMNO Malaysia disambut baik sebilangan ahli UMNO diperingkat bawahan apa tak lagi Datuk Seri sebagai Timbalan Presiden UMNO serta Timbalan Pengurusi BN Malaysia.

Sejajar dengan perlantikan ini penyokong UMNO, BN, mengharapkan hubungan antara pemimpin dan rakyat diperkasakan setiap masa agar keyakinan dan sokongan rakyat akan bertambah teguh dengan halatuju perjuangan Umno, BN, Gabungan Rakyat Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah.

Masyarakat yakin gandingan kepimpinan Datuk Seri Mohamad Hasan dengan semua pemimpin BN dan parti parti yang menyokong BN di Sarawak serta Sabah sedia bersama dalam menghadapi PRU ke 15 akan datang.

Satu harapan warga Sarawak dan Sabah agar Datuk Seri Mohamad Hassan dapat turun padang mendampingi rakyat jelata dikawasan yang telah ditawan pembangkang serta kemenangan BN yang terlalu tipis supaya mampu memperkasa semula sokongan rakyat setempat.










Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan