Khamis, 15 Julai 2021

KAJI AGIHAN BUNGKUSAN MAKANAN Oleh. Koijol Hairol 

Dalam keperitan hidup mendepani kawalan pergerakan rakyat mengekang penularan virus covid 19 rakyat terkesan meminta kerajaan mengkaji jumlah agihan bungkusan tersebut yang melebihi sebulan agihan pada golongan terjejas dilaporkan tidak mencukupi.

Kebanyakan yang terjejas ditemui mendakwa dengan keluarga melebihi 9 orang serumah sekadar 5 kilogram beras tidak mencukui sebulan tanpa mempunyai pendapatan lain ujar mereka.

Ramai penerima batuan bungkusan makanan mendedahkan hanya sekali sahaja dalam masa lebih sebulan namun sudah beberapa bulan sekatan jalanraya dibuat mahupun penutupan tamu mingguan sebagai pencarian kewangan orang kampung memasarkan hasil tani mereka.

Sejak pelbagai sekatan jalan raya dikuatkuasakan berserta PKPD, PKPB dilaksanakan diseluruh negara paling terjejas adalah orang kampung bertani tanpa boleh menjual akibat Tamu ditutup namun bantuan tidak seberapa untuk keluarga besar ujar mereka.

Sama sama kita memperbaiki sebarang masaalah dengan pengagihan bantuan bungkusan makanan terhadap golongan yang memerlukan dimasa akan datang.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan