Selasa, 8 Oktober 2019

Oleh. Jusupi Kurdi
ISU KEHILANGAN TOP DALAM LAMAN SESAWANG BORNEO
Sejak kebelakangan ini beberapa laman sesawang dan group kumpulan watshap Borneo heboh dengan kumpulan kecurian kenderaan disamping sebaran cubaan menculik kanak kanak sekolah dan gadis gadis cantik namun tidak nampak rekod sebarang laporan polis dibuat dalam siaran mereka, kes seumpama sangat menakut dan mengelirukan orang ramai dalam negeri ini seolah olah laman sesawang dan watshap group mengatasi sumber maklumat pihak berkuasa dalam negeri ini terutama berkaitan isu isu keselamatan harta benda dan manusia yang sering cubaan menculik seperti disebarkan.
Pendedahan Sukaider Litow pengikut laman sesawang dan kumpulan Watshap Group dipelusuk Sabah dan Borneo setiap hari tanpa henti bagai trend menakutkan orang ramai, seharusnya dalam konteks kehilangan dan cubaan mencolek dilaporkan kepada pihak polis dahulu sebelum disebarkan sesuka hati menerusi laman sesawang dan watshap group agar tidak menakutkan masyarakat sekeliling tegas beliau penuh kesal.
Penyebaran kehilangan harta benda dan cubaan penculikan sangat mengelirukan dan seolah olah dibuat sebagai sumber mainan penyebaran maklumat menakut nakutkan orang ramai, selain dari itu para penyebar juga lebih berkuasa melaporkan berbanding laporan polis dibuat terlebih dahulu berbanding dengan naluri hati para penyebar sehingga ramai orang terlalu ghairah membaca berbanding merujuk kepada pihak polis terlebih dahulu tegas beliau penuh kesal.
Sebarang unsur kehilangan harta benda khususnya kenderaan atau pecah rumah serta cubaan menculik orang ramai perlu merujuk kepada balai balai polis berhampiran lokasi kejadian disebarkan dan bukan pula merujuk kepada laman sesawang atau watshap group semata mata demi kesahihan yang tulen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan