Isnin, 21 Oktober 2019

Oleh. Tedung Kepala Tujuh
PH WARISAN  SIAPA DOMINAN KERUSI?
Sabah. Pengagihan kerusi Dun mahupun Parlimen masih menjadi tanda tanya rakyat negeri ini siapa dominand menguasinya memandangkan belum ada gerak langkah dimulakan menerajuinya, tunggak kerajaan Sabah masa kini dikuasai Warisan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Hj. Apdal bersama PKR, UPKO dan DAP namun perlu di ingat Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM kini sudah memiliki sayap ke Sabah yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohd. Hajijih Haji Noor selepas meninggalkan UMNO Sabah bersama rombongan Adun dan Ahli Parlimen Umno.
Kemelut ini disuarakan oleh rakyat Sabah berikutan penambahan kerusi Dun terbaru 13 kerusi yang kini berjumlah 73 kerusi Dun Sabah dan kekal 25 Kerusi Parlimen setakat ini walaupun ada suara suara mahu mengusulkan penambahan kerusi Parlimen Sabah antara 7 hingga 9 kerusi, rakyat tertanya tanya jumlah 73 kerusi Dun Sabah bagaimana Dap, Warisan, Upko, Pkr dan Ppbm mengagih agihkan kerusi tersebut tambahan pula hanya 25 kerusi Parlimen (jika tidak ditambah) menjelang pilihan raya kali ke 15 akan datang tentu sekali panas perebutan ini jelas rakyat anak negeri yang ditemui.
Percaturan parti pembangkang tidak nampak masaalah memandangkan mereka adalah bekas bekas kompenan BN (telah dibubar di Sabah)  seperti PBS, UMNO, MCA, PAS (kini sekutu Umno) dan STAR serta SAPP yang mungkin bakal bergabung akhir jika mereka mahu menawan semula kerajaan negeri dan perlu memperkasa kerusi kukuh di Parlimen, persoalan ini hanya terletak dibahu Para Presiden Parti masing masing menjelaskan pada rakyat tanpa berselindung  beribu helah mengelak bila ditanya rakyat jelata diperingkat kampung berikutan kebimbangan rakyat jelata akan terpedaya dengan politik seribu persoalan selepas pilihan raya yang hanya bakal dikuasai besar 1 atau 2 parti politik besar menjadi kerajaan diperingkat setiap kawasan Dun terutama isu jawatan jawatan yang dilantik ujar masyarakat Sabah yang ditemui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan