Isnin, 28 Oktober 2019

PENJUAL ROKOK SELUDUP TIADA PENGHUJUNG
Oleh. Jasly Dollah
Keningau. Isu penjualan rokok seludup dipekan Keningau bagai tidak berpenghujung berikutan permintaan terlalu banyak disamping beberapa etnik terpilih mendominasi penjualan tersebut dengan pelbagai teknik menyembunyikan diri bersama rokok yang dijual, kemelut ini berlaku sejak sekian lama namun terlalu sukar melakukan siasatan gempur jika calang calang kemahiran penyamaran melakukan risikan memandangkan golongan penjual bijak dan menggunakan khidmat tonto memerhatikan pihak berkuasa melakukan operasi jelas warga anak negeri di Keningau.
Kru Media Terkini yang singgah dipekan Keningau dimaklumkan penjual rokok seludup bukan warga Keningau namun mereka tinggal dipersekitaran Keningau tanpa diketahui siapa memberikan mereka tempat tinggal, selain dari itu mangsa mereka bagi menyembunyikan rokok seludup adalah peniaga kedai, penjual di gerai atau tong tong sampah yang ada berhampiran serta kenderaan yang berparking lama pasti disorok tersembunyi jelas penduduk Keningau yang ditemui hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan