Sabtu, 19 Oktober 2019

 Oleh. Bujie Tukarang
Rakyat harus sedar betapa susahnya 
liku liku kehidupan dalam era ancaman komunis terutama warga kampung daniskin malah ada yang dibunuh jika tidak mampu membantu perjuangan mereka, tiba tiba hari ini pula ada yang cuba meniup kencang sejarah perjuangan komunis sebagai memperingati perjuangan pasukan komunis tanpa memikirkan perasaan keluarga bekas bekas keselamatan yang dibunuh oleh komunis dahulu seolah olah pihak yang cuba memperingati perjuangan komunis ini ada udang disebalik batu.
Ini didedahkan oleh En. Welter Paulus dari Ranau seorang bekas angkatan Tentera Malaysia yang banyak menghadapi ancaman komunis dahulu dan tidak dilupakan sehingga kehari ini apa tak lagi masa kini banyak perbuatan cuba memperingati dan simpati dengan menyokong perjuangan komunis didalam negara Malaysia, perbuatan menyokong dan mengagongkan perjuangan komunis seolah olah meracuni jiwa keluarga bekas mangsa pembunuhan kejam oleh kumpulan komunis didalam negara Malaysia dan jangan sesekali cuba meniup perjuangan komunis sebab akibatnya buruk tak akan dilupakan oleh pewaris keluarga mangsa dibunuh komunis terutana bekas bekas Tentera yang cacat akibat serangan komunis ujar beliau.
Welter Paulus berusia 76 tahun masa kini mencabar golongan yang mahu meniup semangat perjuangan komunis supaya berhenti dengan perbuatan serupa demi menghormati perasaan keluarga mangsa kejahatan komunis dan jika tidak golongan terlibat bagaikan mahu bermain api dibumi Malaysia tanpa takut diri terbakar katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan