Khamis, 31 Oktober 2019

GERAN TANAH NT DISEBUT SETINGGAN?
Oleh. Jopis Anak Lagau
Telipok. Beberapa kampung Dusun diklaspikasikan kampung Setinggan dan dihuni PTI cukup mengejutkan orang Dusun terutama bekas Angkatan Tentera DiRaja Malaysia yang lahir dikampung terlibat,  antara kampung yang disebut setinggan dan dihuni segelintir PTI ialah Kg. Maruah Sumagid Telipok, Kg. Salut, Kg. Peniang, Kg. Natai, Kg. Tampulan dan Kg. Kebayau Tamalang juga dalam kawasan Telipok bergeran NT milik persendirian bercukai setiap tahun dan dihuni orang Islam dan pelbagai agama etnik Dusun.
Dua pemimpin politik bertikam lidah dalam akbar Sabahan antara Warisan Dan PBS mengeluarkan kenyataan seumpama beberapa hari lalu tanpa merujuk fakta sebenar kedudukan kampung terlibat.
Beberapa bekas Tentera dalam kampung terlibat mencabar pemimpin parti politik yang menggelar tanah geran NT setinggan dihuni segelintir  PTI seharusnya memohon maaf secara terbuka kepada warga anak negeri kampung terlibat demi maruah tanah geran NT mereka dan penghuni kampung terlibat dikalangan anak negeri Sabah yang tulen tegas bekas Tentera yang menemui kru media terkini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan