Selasa, 25 September 2018

 BERITA RINGKAS
Oleh. Basron Kirwan
Sabah. Masyarakat asli Sabah meminta pihak kerajaan membasmi perbuatan pengemis terancang dikalangan berstatus rakyat asing yang bergerak bebas hampir setiap hari dimerata tempat dalam negeri Sabah, selain dari itu kumpulan pengemis ini juga dilaporkan memiliki pengawal dan pemandu sebagai memudahkan mereka bergerak pantas jika terdapat pegawai pemerhati pihak berkuasa yang memburu rakyat asing minta sedekah secara bebas walau dimana juga berada dalam negeri Sabah. Harap ada yang ambil tindakan terhadap pendadahan ini bagi pihak kerajaan  Sabah.




KEM PRADISE PERLU DIPERKECILKAN
Kota Belud. Sejajar dengan perkembangan semasa kepentingan di Kem Pradise sudah tiba masanya untuk diperkecilkan kearah mengembalikan tanah tanah pertanian orang kampung sekeliling, selain dari itu aset pertahanan Ketenteraan Pertahanan wajar diperbesarkan bagi kawasan Lahad Datu, Tawau, Semporna dan Sandakan tanpa mengusik Kem Lok Khawi amnya Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan demi mempertahankan lagenda pertahanan lama dalam negeri Sabah.
Malah kerajaan PH diminta lebih fukos untuk membina bangunan pertahanan keselamatan dipantai timur Sabah demi mengekang jenayah rentas sempadan terutama aspek penculikan yang tak sudah demi wang yang bakal dirujuk sebagai harga tebusan yang diabggap tinggi.
Semua aset pembinaan markas Ketenteraan dan Polis dikawasan Tawau, Semporna, Kalabakan, Lahad Datu serta Sandakan wajar dipertepatkan supaya penculik dan penjenayah amnya pemerdagangan manusia dapat dikekang lebih pantas.
Luahan Mr. Kanul Gindol Pengurusi Dewan Perniagaan Dusun Tindal Dan Tobilung Sabah dalam satu kenyataan kepada Media Terkini bagi ulasan kenyataan seorang menteri yang mahu memindakah Pusat Kem Lok Kawi dan Kepayan ke kawasan Pantai Timur Sabah, malah Kanul mencadangkan supaya pengkalan Tentera Udara diperkemas kearah lebih canggih bersama operasi Tentera Laut agar kegiatan penculikan dan pemerdagangan manusia serta penyeludupan dapat dibasmikan kepada sifar ujarnya.




GAMBAR BERBAJU MERAH MR. KANUL GINDOL








Tiada ulasan:

Catat Ulasan