Selasa, 25 September 2018

LPKP DAN JPJ PERLU PERJELAS BILA BUS STOP BELAKANG WISMA SESB DIJADIKAN TERMINAL?
Kota Kinabalu. Penumpang minta penjelasan bila pihak berkuasa meluluskan Bus Stop belakang Wisma Sesb sebagai TERMINAL UTAMA sehingga tidak ada Bus Mini dari Kota Kinabalu ke Tuaran dan Tamparuli dibenarkan oleh juru kempen Bus Stop setempat berhenti mengambil penumpang yang menunggu Bus dikawasan tersebut setiap hari, malah juru kempen Bus dikawasan tersebut yang menggunakan loghat bahasa asing suka cari gaduh jika penumpang berkeras menahan Bus Tuaran dan Tamparuli untuk dinaiki pulang dengan alasan terminal tersebut milik Bus Bus mereka yang berbaris menunggu penumpang menuju Rugading, Telipok Ria dan Telipok tanpa memberi ruang Bus Mini Tuaran dan Tamparuli mengambil penumpang ke destinasi mereka setiap hari walaupun kerap ditegur rakyat berpengalaman serta tahu undang undang namun sang penjaga naik angin mau gaduh tegas mereka.
Tinjauan Media Terkini bersama Penolong Penfarang Borneo mendapati aduan penumpang ini berasas dibelakang Wisma SESB para penhaga bus stop setempat ramai sampai 4 orang divuarkan sahaja oleh pemandu yang berbaris menuju Telipok Ria tanpa suara walaupun tukang jaga berkasar dengan sebilangan penumpang menuju Tuaran Tamparuli. Masyarakat berharap JPJ bertindak bersama LPKP membendung kes seumpama tegas penumpang yang ditemui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan