Isnin, 17 September 2018

Berita Ringkas
SIAPA DIHATI RAKYAT ASLI SABAH ?
Oleh. Williem Anak Lagau
Sabah. Siapa pilihan sebenar rakyat asli dalam negeri ini bagi menerajui kerajaan negeri pada pru ke 14 yang lalu sememangnya telah diduga dari awal berikutan kemampuan BN memiliki 29 kerusi manakala PH dan WARISAN juga berjaya memiliki 29 kerusi manakala STAR pula 2 kerusi Dun sebagai rakyat penentu kemana halatuju perjuangan parti dan wakil rakyat mereka.
Apa yang berlaku dalam senario politik selepas rakyat memilih parti yang diundi jelas telah ditinggalkan oleh wakil rakyat mereka dari BN menyokong parti PH dan WARISAN walaupun menang dalam tiket BN, ini diakui beberapa pengundi yang menghubungi media terkini sebagau memberi penjelasan kepada umum bahawa keputusan rakyat Sabah masih setia kepada Parti PBS, UMNO dan STAR walaupun PH WARISAN dan UPKO (serpihan BN) telah membentuk kerajaan negeri Sabah tanpa mengambil kira sebenar kemenangan kepada PBS, STAR dan UMNO pada pilihan raya ke 14 jelas mereka.
Rakyat asli Sabah juga berharap inseden Penculikan di Pulau Gaya Semporna melibatkan rakyat Indonesia diselamatkan dengan jayanya tanpa melibatkan perkara yang tidak di ingini, laporan dari pihak berkuasa dalam negara mengesahkan tebusan sudah dibawa ke Jolo negara jiran walaupun pihak keselamatan sentiasa mengawal seluruh kawasan perintah berkurung namun penculik mampu bertindak tanpa dikesan lebih awal ujar orang asli dalam negeri ini.
Jika Gabungan Sabah Bersatu didaftarkan antara permaufakatan antara STAR, PBS dan UMNO serta beberapa parti pembangkang tempatan Sabah direalisasikan permaufakatan mereka penuh pembelaan terhadap rakyat perkara mustahil PRU ke 15 kerajaan Sabah tidak berubah.
Pemimpin GSB disetiap bahagian Dewan Undangan Negeri Sabah perlu dipilih dikalangan mereka yang prihatin terhadap seluruh rakyat tanpa pilih kasih ujar warga asli Sabah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan