Rabu, 27 Disember 2017

TERAS GEMUNGGAL AND TERAS KILO UMPAMA JUAL PISANG DISABAH
Oleh. Jasly Anak Dollah
Sabah. Jualan TERAS GEMUNGGAL atau TERAS KILO bagai menjual buah pisang tak pandai betkurangan walaupun tiap hari ianya ditempah ratusan orang dengan harga antara RM45.00 hingga RM150.00 dengan dakwaan pelbagai kegunaan penawar walaupun sukar dibuktikan didepan mata pihak penjual setiap hari, selain dari itu penjualan TERAS GEMUNGGAL atau TERAS KILO tidak dapat dipastikan kekuatan nya dalam menawar pelbagai jenis racun atau ilmu jahat kiriman orang berikutan penjualnya enggan mahu membuat ujian TERAS GEMUNGGAL atau TERAS KILO jualan mereka ditamu mingguan mahupun dipasar malam menyebabkan lebih besar keraguan pembeli berbanding pihak penjual yang ghairah memperdagangkan produk mereka demi meraih keuntungan besar tanpa mengambil kira risiko yang bakal ditanggong pihak penjual dimerata tempat dalam Sabah.
Selain TERAS GEMUNGGAL atau TERAS KILO dijual bagaikan pisang Sabah yang dijual berlonggok setiap hari pelbagai juga RAMUAN PENAWAR RACUN, MINYAK BULU PERINDU serta BAMBU BERTEMU BUKU juga terlalu banyak sekali jualan ditamu mingguan mahupun pasar malam sehingga menjadi rebutan warga anak negeri Sabah mahupun golongan pelancong dari luar negara akibat tawaran menarik dikalangan para penjual, kes ini  juga turut menjadi persoalan dikalangan penggemar khazanah perubatan tradisional demi kepentingan keluarga jika terjumpa yang mujrab namun jika terjumpa yang sebaliknya bagaimana nasib orang yang memerlukan kaedah rawatan perubatan tradisional tentu sekali mampu meragut nyawa orang tidak berdosa akibat jelalaian pihak penjual yang meragukan.
Antara luahan Mamai Deirold Mantahasin dari Keningau sebagai mendedahkan betapa sukar menilai kepakaran penjual TERAS GEMUNGGAL atau TERAS KILO dipelusuk tempat Tamu Mingguan atau Pasar Malam yang tidak afa pihak berkuasa kerajaan memantau kes tersebut walaupun pelbagai laman sesawang mendedahkan kegiatan pihak  terlibat, dengan adanya pendedahan kes seumpama adalah menjadi harapan rakyat anak negeri Sabah agar kerajaan negeri ini mengarahkan pihak berkuasa memantau perbuatan mengaut keuntungan dengan mendatangkan kerugian terhadap pesakit kronik golongan keluarga pencari TERAS GEMUNGGAL atau TERAS KILO yang masih bebas berjualan terbuka  dipelusuk tempat dalam seluruh daerah dalam Sabah ujar beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan