Selasa, 26 Disember 2017


Oleh. Jasly Anak Dollah
RAKYAT KINI BERTANYA DIMANA ORANG POLITIK DAN PEMIMPIN KERAJAAN
Kota Kinabalu. Ungkapan kata membangun prasarana serta mempertingkatkan ekonomi rakyat tidak lagi diguna pakai segelintir rakyat diperingkat luar bandar berikutan banyak kawasan kampung terus ketinggalan pembangunan prasarana sejak sekian lama, namun rakyat jelata terus diam membisu tanpa bahasa berikutan segala yang diluahkan sekadar gimik berpolitik golongan pemimpin bawahan tanpa sudahnya demi meraih sokongan undi rakyat setiap kali musim pilihan raya.
Diantara yang menjadi tuntutan rakyat jelata ialah PENGASPALAN JALAN RAYA, PEMBINAAN RUMAH PPRT LUAR BANDAR disamping para pemimpin peringkat pertengahan dan bawahan wajib jujur dalam menjalankan tugas terhadap rakyat dan bukan mempamerkan kuasa dan tugas menerusi agenda politik semasa, terdapat projek kemudahan jalan raya yang terbiar sejak tahun 2004 namun tidak dapat dilihat sampai bila jalan raya yang rosak teruk dalam gambar ini masih terabai tanpa ada pihak bertanggongjawab mengaspal jalan raya yang bagai terlepas pandang orang orang politik tempatan asli Sabah walaupun beratus orang kakitangan kerajaan melihatnya sepanjang tahun.
Adalah menjadi harapan dengan adanya pendedahan serupa ini semua rakyat berharap kerajaan dapat mengaspalnya dengan lebih cepat agar dapat dikecapi rakyat sebelum PRU ke 14 akan datang tegas  penduduk Telipok  Darat.

GAMBAR JALAN RAYA KG. KEBAYAU TAMALANG TELIPOK SANGAT TERUK TANPA PENGASPALAN WALAUPUN SERINGKALI DILAWATI PEMIMPIN KERAJAAN BN SABAH.
GAMBAR ORANG RAMAI DARI SELURUH SABAH YANG MELAWST KG. KEBAYAU TAMALANG SETIAP KALI ADA MAJLIS KERAMAIAN MELIHAT SERTA MENGGUNAKAN JALAN RAYA TERSEBUT TANPA ADA LALUAN LAIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan