Sabtu, 23 Disember 2017


BIJAK GUNA PELUANG RAKYAT MASIH MILIKI PERTIMBANGAN
Oleh. Williem Anak Lagau
Sabah. Sinonim dengan pelbagai majlis dalam negeri ini kemeriahan dikalangan tetamu jemputan  memeriahkan apa juga majlis keraiaan sesekali masyarakat berbilang kaum tersentak seketika apabila dikunjungi kumpulan politik  tertentu tanpa diduga para jemputan umpama bijak ambil peluang dalam politik mereka, ini kadangkala tidak disenangi masyarakat yang bukan kaki celetoh politik apa tak lagi kehadiran golongan terlibat sekadar bicara senyap cuba mempromosi agenda perjuangan mereka dengan merekam gambar sebagai fail aktiviti jentera parti walaupun tetamu yang dirakam gambar bersama adalah jemputan majlis keraiaan khususnya majlis perkhawinan dan bukan fail politik setempat.
Masyarakat berbilang kaum yang menghadiri sesuatu majlis khususnya perkhawinan meluahkan pandangan naluri mereka agar sesuatu majlis jangan dipergunakan sebagai peluang mempromosi politiking dimana banyak peluang lain sesuai seperti  Perjumpaan Rasmi Parti Menggunakan Permit Atau Menggunakan Saluran Media Swasta Dengan Cara Berbayar agar lebih tumpuan penggemar cerita politik, dengan langkah langkah saluran seumpama baru lah rakyat jelata mampu membezakan sesuatu pertubuhan politik tertentu benar benar bersedia dan mampu menjadi pemimpin terhadap rakyat jelata dalam negeri ini sejajar dengan slogan menukar kerajaan yang lebih baik berbanding kerajaan BN sedia ada yang banyak dikecapi rakyat segenggam kecil sumbangan mereka secara berterusan tanpa hentinya.
Dalam konteks program parti politik juga harus bijak mengenali masyarakat sekeliling yang ditemui sama ada penduduk kampung, kakitangan kerajaan, pemilik syarikat perniagaan dan pasukan beruniform agar tidak meletak diri masyarakat itu tidak setaraf dengan orang politik yang mengharapkan sokongan undi agar menjadi wakil Dun atau wakil Parlimen kelak jika menang pada pilihan raya, teguran masyarakat membina ini harus disematkan pada setiap sanubari orang orang yang bercita cita menjadi orang politik memimpin rakyat jelata agar mampu dinilai oleh seluruh pengundi Dun atau Parlimen dalam Sabah kemampuan mereka dalam bidang terjun berparti politik sebelum dipilih rakyat jelata menjadi pemimpin yang berwibawa dan mampu membela rakyat jelata tanpa berharap sumber yang lain.
Demikian pendedahan Puan Winnie Abdullah veteran politik kawasan Telipok Darat bagi merungkai senario politik masa kini yang banyak mengambil peluang mendapat sokongan moral rakyat dalam pelbagai keraiaan bergambar bebas sebagai fail lawatan pemimpin politik walaupun orang yang digambarkan adalah pengurus syarikat, kakitangan kerajaan dan badan badan beruniform namun itu lah peluang dipergunakan, malah dengan pendedahan ini adalah penting rakyat bijak meneliti corak gambaran yang diperlukan para pelawat dalam sesuatu majlis agar tidak tersasar dipergunakan untuk aktiviti program kempen berpolitik jangkamasa panjang ujar Puan Winnie Abdullah.
SEMUA GAMBAR GAMBAR YANG DISIARKAN PENERBIT SEKADAR HIASAN DALAM BERITA INI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan