Jumaat, 22 Disember 2017

KEPIMPINAN LEBIH MESRA PADA RAKYAT JELATA
Oleh. Bujie Tukarang
Sabah. Rakyat jelata merupakan fukos utama Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah jika diberi mandat oleh rakyat Sabah dalam pemilihan kepimpinan menerusi pilihan raya ke 14 akan datang, rakyat juga mahu para pemimpin yang boleh bersuara segala apa juga kepentingan rakyat jelata dinegeri ini sepanjang masa bukan sahaja masa pada pilihan raya sebaliknya dalam masa masyarakat dilanda musibah yang tidak dijangka.
Rakyat anak negeri Sabah dapat membayangkan beberapa pemimpin dalam Parti Kerjasama Anak Negeri khususnya Presiden Datuk Henrynus Amin amat bersedarhana apabila dikerumuni pelbagai lapisan rakyat jelata yang tetap didampingi tiap masa tanpa protokol yang merumitkan rakyat jelata, tidak hairanlah jika dimana juga kepimpinan tertinggi Parti Kerjasama Anak Negeri terus didampingi rakyat jelata tanpa mengira bangsa dan agama masih terus didekati sebagai tanda sokongan dan taat setia terhadap kepimpinan yang berlandaskan lima teras seperti yang terkandung dalam catatan batu sumpah di Keningau sejak 1963 lagi jelas Iskandar Martin.
Iskandar Martin dari Kudat optimis kerjasama seluruh rakyat Sabah sebulat suara sejiwa bersatu mampu memberi kemenangan kepada Parti Kerjasama Anak Negeri tanpa memecahkan undi mereka pada mana mana parti yang ditandingi Parti Kerjasama Anak Negeri walau apa juga kempen mana mana parti lawan,  tekad rakyat jelata Sabah semestinya bernaung dalam satu parti yang kuat tanpa diperalat mana mana parti politik lain dipelusuk negeri ini demi meraih sokongan masyarakat berbilang kaum dalam masa pilihan raya ke 14 akan datang tegas Iskandar Martin.
Dalam tinjauan media terkini dekat Sabah beberapa hari yang lepas amat menakjubkan dimana ramai rakyat jelata mula menyebut jelas misi perjuangan lima tras perjuangan parti untuk seluruh rakyat anak negeri dimana juga berada asalkan status mereka dapat disalurkan kelak, kebijaksanaan seluruh anak negeri Sabah dalam memilih keupayaan pemimpin mereka bagi menerajui kerajaan Sabah selepas pilihanraya ke 14 akan datang walaupun Parti Kerjasama Anak Negeri terlalu kerdil dan baru berbanding parti parti lain yang lama dan  telah bertanding dalam Pilihan Raya ke 13 yang lalu ujar Iskandar Martin penuh yakin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan