Rabu, 13 Disember 2017


Oleh. Noor Abdullah/Williem Anak Lagau
GELOMBANG ANAK NEGERI DILANCAR
Sabah. Parti Kerjasama Anak Negeri telah melancarkan GELIOMBANG ANAK NEGERI bagi persediaan pilihan raya ke 14 dikawasan Parlimen P179 Ranau dengan pelbagai taklimat diberikan pada peserta agar mampu menyalurkan misi perjuangan parti dapat disalurkan kepada seluruh jentera  parti khususnya rakyat berbilang kaum secara berterusan,  malah perjuangan Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah merangkumi semua rakyat dan bukan sekadar sekumpulan pemimpin parti sahaja tanpa melibatkan seluruh rakyat dipelusuk negeri ini di kearah mencapai kemenangan dalam pilihan raya ke 14 yang dijangka tidak berapa lama lama lagi.
Dianggarkan lebih 320 orang peserta yang menghadiri Pelancaran Gelombang Anak Negeri P.179 Ranau dengan penuh komited mempersiapkan persediaan pelbagai jentera pilihan raya ke 14 demi warga anak negeri di Parlimen Ranau tanpa ada yang diketepikan jika seluruh rakyat setempat memberi sokongan undi penuh pada pilihan raya, P.179 Ranau memiliki N.29 Kundasang, N.30 Karanaan dan N.31 Paginatan mempunyai 53 peti undi pada pilihan raya lepas dengan harapan seluruh akar umbi warga anak negeri mampu bersatu bagi merealisasikan tekad senua undi berpaksikan 5 matlamat utama yang tersemat dalam Batu Sumpah 1963 di Keningau kekal hingga kehari ini untuk Sabah.
Gesaan kepimpinan akar umbi menumpukan perhatian kearah pembangunan organisasi dan jentera parti diperingkat PDM secara keseluruhan Parlimen Ranau menerusi pembentangan Timbalan Ketua Penyelaras Parti Kerjasama Anak Negeri P.179 Ranau En. Juhaili Sidek, PAN juga kini telah menubuh cawangan cawangan dalam 10 kawasan Parlimen dan sedang memperkemaskan lagi cawangan cawangan baru bagi 5 kawasan Parlimen dengan melantik para pemimpin mengaktifkan jentera penyusunan politik diperingkat  akar umbi agar seluruh rakyat memahami visi dan misi setiap calon parti yang bertanding membela seluruh rakyat anak negeri dalam jangka masa panjang setiap DUN dan PARLIMEN yang dikenal pasti oleh pucuk pimpinan parti.
Kawasan yang bakal ditandingi Parti PAN  masih dalam pemerhatian berdasarkan komitmen rakyat yang sebulat suara memperjuangkan visi Parti Kerjasama Anak Negeri tanpa sebarang paksaan demi kemenangan realistik, PAN juga bersedia berkerjasama parti pembangkang lain seperti WARISAN bagi kawasan pesisir pantai dan DAP bagi kawasan majiriti pengundi Cina jika mereka parti yang disebut boleh berkerjasama demi rakyat anak negeri Sabah. PAN sedang menumpukan perhatian di 25 kawasan majoriti MOMOGUN 10 kawasan campuran pengundi momogun 30% dan Islam 50% serta Cina 20% agar diimbangi persetujuan bersama parti pembangkang lain ujar mereka.
Anrara perjuangan PAN 1. Memperjuangkan kesatuan rakyat Sabah dibawa panji panji anak negeri demi hak dan maruah rakyat Sabah. 2. Parti Kerjasama Anak Negeri menuntut dan memperjuangkan hak kebebasan beragama berdasarkan jaminan Batu Sumpah di Keningau 3. Parti Kerjasama Anak Negeri memperjuangkan keluhuran undang undang dalam pemberian Kad Pengenalan dan menentang sindiket menalsukan dokumen kerakyataan untuk orang asing disamping PAN menyokong pengujudan Kad Pengenalan Negeri Sabah untuk rakyat Malaysia yang lahir atau menetap di Sabah. 4. Parti Kerjasama Anak Negeri sokong memperjuangkan hak pemilikan dan pembangunan tanah NCR disamping PAN juga mahu hentikan hentikan sindiket merampas tanah tanah NCR dalam negeri ini 5. PAN memperjuangkan perlaksanaan sepenuhnya syarat syarat perjanjian Malaysia 1963 untuk menghapuskan sisa sisa penjajahan dalam hubungan negeri lebih dari kerajaan persekutuan amnya tegas Datuk Henrynus Amin. Media Terkini difahamkan sehingga kini rakyat Anak Negeri lebih suka menyertai perjuangan PAN berbanding parti parti politik lain tanpa mengira bangsa dan agama dipelusuk negeri ini yang memiliki matlamat perjuangan jelas, fakta BATU SUMPAH di Keningau juga merupakan perjuangan jelas bagi PAN dalam 5 teras yang termaktub sebagai hak Sabah dalam perjanjian pembentukan Malaysia pada tahun 1963  menyebabkan rakyat anak negeri Sabah menyertai PAN tanpa sebarang paksaan dari mana mana pemimpin parti tersebut membuktikan 5 teras perjuangan BATU SUMPAH antara pilihan PAN menambat rakyat Sabah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan