Isnin, 11 Disember 2017


Oleh. Jopis Anak Lagau
PARTI KERJASAMA ANAK NEGERI MEMILIKI KEMANTAPAN PEMIMPIN
Sabah. Gandingan mantap kepimpinan Parti Kerjasama Anak Negeri mampu mengemudi kehendak rakyat berbilang kaum terdiri dari kaum KDM, CINA DAN MASYARAKAT BERAGAMA ISLAM jika mendapat mandat penuh dalam pilihan raya ke 14 yang diramal tidak lama lagi, malah jika Parti Kerjasama Anak Negeri menjelajah di seluruh kerusi DUN Sabah dan Parlimen sekalipun bersama sama kepimpinan tertinggi mereka wakil Cina, Wakil KDM dan Wakil Kepimpinan Islam Sabah mustahil rakyat tidaj menilai status kejujuran dan keiklasan mereka.
Diantara kepimpinan Parti Kerjasama Anak Negeri menarik perhatian rakyat negeri ini ialah Datuk Henrynus Amin (Presiden Gambar) YB. Dr. Edwin Bosi (Adun Kepayan) dan En. Gulam Tomai (Gambar Latar belakang Bandera Parti) yang aktif mendampingi seluruh lapisan masyarakat kawasan luar bandar bagi mengetahui sebenar suara akar umbi, malah rakyat Sabah juga turut mengakui Parti Kerjasama Anak Negeri berjuang sedarhana dalam menyampaikan mesej kepada rakyat tanpa menyinggung mana mana parti politik disebabkan misi mereka adalah memperjuangkan seluruh rakyat dalam negeri ini jika sokongan majoriti diberikan pada PRU ke 14 akan datang.
Parti Kerjasama Anak Negeri sehingga berita utama ini ditulus banyak dianggotai ahli ahli orang beragama Islam disamping masyarakat kaum Cina anak negeri Sabah walaupun dipimpin oleh orang KDM, malah sebilangan kaum Cina dalam Parti Kerjasama Anak Negeri mengakui dan setuju mereka juga adalah sebahagian dari Anak Negeri Sabah yang layak berjuang bersama para pemimpin dalam Parti Kerjasama Anak Negeri demi masa depan generasi mereka dinegeri Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan