Isnin, 4 Disember 2017

ABU SAYYAF TIDAK HENTI MENCEROBOH SABAH?
(ANAK ASLI SABAH TENUNG JAUH KEHADAPAN)
Oleh. Bujie Tukarang D. Paulus Mallaiyon
Sabah. Khidmat seluruh pasukan keselamatan yang mengawal seluruh kawasan PERINTAH BERKURUNG perlu diberi pujian tertinggi segenap lapisan rakyat tulen asli Sabah dan Malaysia amnya tidak termasuk pemegang dokumen palsu atau pendatang asing tanpa izin yang sukar dikenali dalam negeri ini berikutan ada juga dalang yang sengaja memberi perlindungan tinggal dalam rumah orang asal negeri ini, bayangkan lah seluruh lapisan pasukan keselamatan tidak mengira siang dan malam berkorban menjaga keselamatan persekeliling negeri Sabah demi menghalang pencerobohan kumpulan dan pengikut setia ABU SAYYAF yang terus memberi tekanan hebat mahu menawan bumi Sabah namun tidak pernah benteng keselamatan DiRaja Malaysia menyerahkan tanah tercinta rakyat asli Sabah terhadap golongan penceroboh yang tidak diundang.
Disebalik peranan pasukan keselamatan memperkasa kawalan berganda dikawasan PERINTAH BERKURUNG pesisir pantai timurASL
negeri  Sabah dari ancaman ABU SAYYAF SERTA KRONI SEKONGKOL MEREKA yang sekadar mencari wang tebusan, rompakan disamping penyeludupan manusia rentas sempadan, maka rakyat anak asal negeri Sabah wajar membuktikan diri mereka sentiasa berganding bahu kearah membenteras  kehadiran kumpulan ABU SAYYAF MAHUPUN KRONI KRONI NYA yang bertujuan cari wang dan menggugat keselamatan tanah air sepanjang masa asalkan warga asli Sabah bersekongkol dengan kumpulan penceroboh terlibat.
Sehubungan dengan pendedahan kemunculan MILITAN ABU SAYYAF DAN KRONI nya yang dilaporkan tertembak oleh pasukan keselamatan Malaysia salah seorang dari mereka sehingga terbunuh dikawasan perairan Sabah maka adalah wajar PERINTAH BERKURUNG dikekalkan demi keselamatan jangkamasa panjang, selain dari itu masyarakat Sabah juga perlu memiliki integriti memelihara serta melindungi setiap tanah perkampungan mereka dari dijadikan transit persembunyian  pihak PATI agar tidak menyusahkan  orang orang asli Sabah khususnya generasi cucu cicit berbilang kaum asli didalam negeri ini pada masa akan datang.
GAMBAR PASUKAN KESELAMATAN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENGAWAL ANCAMAN ABU SAYYAF YANG TIDAK HENTI HENTI SAMPAI MASA KINI, MANAKALA KANAK KANAK KECIL DIPERALAT MENGHARAP DERMA ORANG ORANG ASLI DIPELUSUK NEGERI SABAH KHUSUSNYA PUSAT BANDARAYA KOTA KINABALU SETIAP HARI KUMPULAN PEMINTA SEDEKAH MEMENUHI KAWASAN PEJALAN KAKI DEPAN KEDAI TANPA TAKUT UNDANG UNDANG SEDIA ADA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan