Selasa, 15 September 2020

SIAPA TAWAN DUN INANAM?
Oleh. Norzaitie Kirwan
Sabah. Perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri Inanam semakin panas
bagi setiap calon bertanding walaupun sebilangan calon sudah mendabik dada mengakui kehebatan persiaran laman sosial dan watshap group mereka yang majoriti suara naluri hati masing masing agar mendapat simpati undi rakyat, bagi rakyat jelata pengundi dun tersebut yang tinggal diluar bandar mereka masih ternanti nanti muka muka calon sampai ke kampung mereka melihat segala kemunduran dan permasaalahan orang diluar bandar tentunya calon calon masih dibuai mimpi ghairah berjalan dipekan pekan menunggu rakyat datang berjumpa calon calon dengan membiar pekerjaan mereka (rakyat) terbiar setiap hari serta membuang perbelanjaan kepekan melihat wajah calon semata mata.
Demikian pendedahan Dominic Lomibuh warga desa pengundi Dun Inanam yang menemui media hari ini mengulas calon calon bertanding tidak melawat kampung seperti pilihan raya di Sarawak dan Semananjung Malaysia masuk bersama kakitangan media massa masuk meninjau masaalah rakyat, sebaliknya ada sebilangan calon mewakili parti dalam dun Inanam enggan ditemui media massa apa tak lagi menemui warga desa jauh sekali walaupun dalam masa kempen pilihan raya sahaja ujar beliau.
Dun Inanam ditandingi calon PKR, PBS, LDP, PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH, PCS, USNO, PARTI ANAK NEGERI dan TIGA CALON BEBAS masing masing mahu meminta diundi rakyat agar menang menjadi wakil rakyat selama lima tahun akan datang.
Sehingga berita ini ditulis beberapa calon parti politik bertanding telah cuba dihubungi media bagi mendapat pandangan namun calon calon terlibat enggan menemui serta menjawab pertanyaan yang dikemukakan orang ramai secara jujur tegas beliau.






Nota. Dilarang membuat ulasan dalam akbar ini tanpa mendapat kelulusan pihak penerbit. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan