Ahad, 6 September 2020

LDP BUKTI KEPELBAGAIAN AGAMA
Oleh. Basron Kirwan
Sabah. Parti LDP membuktikan perjuangan mereka melibatkan kepelba
 gaian agama dan bangsa selepas meninggalkan BN pada tahun 2018, ramai pemimpin LDP dikalangan umat Islam termasuklah etnik Samah Bajau, Brunei, Dusun Kadazan yang bakal
membawa mesej kepada rakyat berbilang kaum bersama dalam perjuangan LDP bagi meraih kemenangan dalam Pilihan raya negeri Sabah pada 26 Sept
ember 2020 dibeberapa kerusi DUN terpilih ditandingi yang dilaporkan lebih 40 kerusi.
Menurut sumber aktivis masyarakat Negeri Sabah LDP boleh menang pada pilihan raya negeri Sabah jika mampu memilih calon yang berjiwa rakyat dengan selari kehendak suara rakyat jelata dan menolak calon yang berlagak VVIP, rakyat jelata di Sabah suka memiluh bakal Wakil Rakyat mereka yang boleh duduk berbincang bersana seluruh rakyat diperingkat kampung dan bukan nya memilih golongan rakyat yang hendak ditemui bertaraf tinggi  manakala yang bertaraf orang bawahan sekadar diketepikan walaupun semua rakyat berkelayakan serta berdaftar sebagai pengundi jelas mereka.
Media Terkini dimaklumkan LDP Kunak dipimpin kaum wanita beragama Islam, LDP Kawang dipimpin kaum Kadazan Dusun dilaporkan orang Artis, LDP Kiulu dipimpin kaum Wanira Dusun dan LDP Darau dipimpin Umat Islam mengimbangi perjuangan politik berbilang kaum Parti Sabahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan