Rabu, 27 Mac 2019

RAKYAT JELATA BAKAL DITEMUI DALAM JELAJAH
Oleh. Norazlah Dolah
Sabah. Umno bakal menemui rakyat jelata berbilang kaum dalam negeri ini dalam masa terdekat demi memulihkan hubungan baik antara pemimpin Umno Sabah dengan rakyat jelata agar tidak berlaku kekeliruan dikalangan rakyat dalam isu perjuangan iklas dan telus parti bersama rakyat dalam negeri ini, umno Sabah juga akan lebih memperjuangkan kepentingan rakyat kearah memperkasa kekuatan parti berteraskan sokongan dari suara rakyat dalam perjuangan kearah jangkamasa panjang yang banyak diharapkan oleh rakyat negeri Sabah apa tak lagi dalam kepimpinan serba baru masa kini.
Rakyat dalam negeri Sabah tidak perlu gusar bersama dalam Umno Sabah masa kini walaupun digandingi oleh Datuk Seri Bung Mokthar Radin (Pengurusi Umno Sabah) Datuk Haji Yakub Khan (Timbalan Pengurusi Umno Sabah) disamping Datuk Hajah Jainab DSP Ahmad Ayed (Ketua Wanita Umno Sabah) malah turut kekal bersama Datuk Raimie Unggi Ketua Umno Tenom dengan banyak bantuan dikalangan ahli ahli Umno diperingkat akar umbi sehingga kehari ini.
Wawancara khas Media Terkini bersama Datuk Haji Yakub Khan Timbalan Ketua Umno Sabah semasa pertemuan dengan Pengurus Kanan Kumpulan Media Arman Karim dipejabat Datuk Haji Yakub hari ini, menurut Datuk Haji Yakub Arman merupakan sahabat lama beliau dan tidak terfikir bakal bertemu dalam konteks berbeza namun syabas dan tahniah dimana Allah swt mempertemukan kami ditemani wartawan mengimbas perjuangan sahabat lama penuh liku kehidupan khususnya Umno yang ditolak rakyat beberapa pemimpin lama diperingkat pusat dan negeri amnya ujar beliau. Rakyat Sabah yang berhasrat menyertai umno boleh melayari laman web umno Sabah bagi mendapat borang keahlian baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan