Ahad, 31 Mac 2019

AJK KETUA KAMPUNG DIPILIH
Oleh. Williem Anak Lagau
Telipok. Penduduk Kg. Kebayau Tamalang siap memilih AJK Ketua Kampung pada satu mesyuarat khas pada 30 March 2019 bagi membentuk kepimpinan kampung yang berintegriti serta sepasukan yang mampu memberi pelbagai sumbangan idea idea bernas bagi memperkasa agama budaya dan adat setiap masa, adalah menjadi harapan penduduk Kg.  Kebayau Tamalang agar semua yang sanggup menerima tugas kecuali Jerry Kitingan tidak hadir mesyuarat pada tarikh tersebut dilantik oleh seorang dua dalam AJK badan Ketua Kampung tersebut walaupun diusul oleh penduduk kampung agar tidak melantik jawatan dalam AJK dikalangan orang yang tidak hadir mesyuarat berkenaan.
Bagi Ketua Kampung Kebayau Tamalang Azdrizan@Rabin Juani akan sentiasa mendengar suara seluruh penduduk kampung demi menambah baik perpaduan, permaufakatan disamping memelihara keagamaan masing masing tanpa wujud persengketaan dengki mendengki apa tak lagi bermusuhan sesama sendiri, selain dari itu perancangan utama bersama orang kampung termasuklah mengurus tanah kampung terbiar berhampiran Kg. Kebayau Tamalang hampir seratus tahun yang lalu agar dapat dimanafaatkan oleh seluruh penduduk kampung tersebut berserta generasi keturunan masyarakat setempat agar kampung tersebut tidak hilang ditelan zaman tegas beliau penuh yakin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan