Isnin, 25 Mac 2019

HATI HATI PUNGUT TANDA TANGAN
Oleh. Aki Nabalu
Sabah.  Langkah memungut tanda tangan rakyat dalam negeri ini menerusi online bagi tujuan mahu keluar dari Malaysia perlu dipantau dan diperbetulkan oleh pemimpin parti politik kerajaan mahupun pembangkang kearah memelihara keamanan dan permaufakatan diantara pelbagai suku kaum dan agama dalam jangkamasa panjang. Isu yang tersebar meluas Sabah Sarawak keluar Malaysia merupakan individu yang bukan beragama Islam walaupun mereka tahu bukan senang berbuat demikian namun masih lagi cuba mengapi apikan perkara yang tidak mampu dilaksanakan oleh pihak penyebar, selain dari itu ada juga yang mengampuh kes Sabah keluar Malaysia adalah didokong oleh golongan yang anti terhadap penganut agama Islam namun sekadar individu tertentu tanpa pengaruh yang lebih besar. Hati hati dengan kumpulan kecil ini yang bergerak dikawasan Parlimen Tuaran dan Parlimen Sepanggar bagi merekrut tanda tangan matlamat perjuangan mereka dengan menjual nama PBB menjadi pelindung gerakan mereka. Menurut sumber maklumat golongan terlibat juga mendapat pengaruh dikalangan warga asing yang cuba memasang api semata mata memecahbelahkan permaufakatan raktat Malaysia dan Warga Sabah dan sarawak amnya demi peluang mereka merebut lubuk pekerjaan dalam masa warga Sabah seorang dua aktif menyebarkan memungut tanda tangan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan