Jumaat, 2 Februari 2018

WARGA FILIPINA GUNA IC PALSU TERUS MEMBIMBANGKAN
Melaka Repot. Dua warga Filipina yang dijatuhi hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Ayer Keruh dekat sini dilaporkan berasal dari Sabah sungguh membimbang dan memalukan apabila dihukum diluar Sabah, jika ini tidak disedari oleh masyarakat dan pemimpin kerajaan negeri Sabah dalam semua sudut dipercayai mampu menjejaskan nama baik dan kedaulatan tanah air Sabah dalam jangka masa panjang apa tak lagi dalam sudut pemantauan kemasukan pendatang tanpa izin disudut mata pelancong asing.
Sekumpulan Skuad Edisi Siasat Kumpulan Media Nasional yang berada di Sabah 2018 ini sukar membezakan Pendatang Asing Tanpa Izin dan Orang Asal Sabah jika berpandukan lighat bahasa serta warna kulit jika tidak mendapat petunjuk sebenar dikalangan warga tulen asli negeri ini, selain dari itu ada juga sumber maklumat orang asli dari Sabah ketika dihubungi mendakwa mungkin kah ramai lagi yang bersembunyi PENDATANG ASING TANPA IZIN menggunakan Kad Pengenalan Palsu serta apa juga dokumen palsu yang dilindungi individu keluarga sekampung mereka yang lengkap dengan dokumen pas masuk dan berkerja dinegeri Sabah sememangnya sukar diketahui.
Bayangkan lah Melaka ini bukan dekat dengan Sabah namun ada juga yang terlepas sehingga berkerja dan dicekup pihak berkuasa setempat sesuatu yang banyak menimbulkan persoalan bagaimana golongan terlibat terlepas dalam pemeriksaan di Lapangan Terbang atau Pelabuhan jika mengikuti jalan laut, dalam kes seumpama semua pihak masyarakat harus sama sama memantau segala kemasukan orang asing tanpa dokumen termasuklah golongan pelindung mereka yang berkerja dalam Malaysia agar tidak menyalahgunakan kuasa melindung PATI dalam negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan