Khamis, 15 Februari 2018


GAMBAR GAMBAR DISIARKAN SEKADAR HIASAN SEMATA MATA.Oleh. Williem Anak Lagau
MAMPUKAH BICARA PALSU DITERIMA PENGUNDI?
Sabah. Pemacu politik yang sekadar gemar bercakap palsu sebagai janji kosong demi meraih sokongan rakyat tidak lagi diterima malah terus dijadikan sempadan bagi memboikot sokongan walaupun mereka berusaha mahu menjadi calon parti pembangkang pada PRU ke 14 akan datang, malah kebanyakan pemacu politik yang suka bercakap palsu ini juga semuanya berhajat mahu bertanding dalam pilihan raya ke 14 semata mata bertekad menumbangkan calon BN sebagai menggantikan kepimpinan membela rakyat dalam kawasan mereka walhal diri mereka yang berhasrat menjadi calon sekadar memalsu kata kata pada rakyat jelata.
Pemacu politik SUKA BERKATA PALSU terlalu banyak umpama tumbuh bagai cendawan dipelusuk negeri Sabah apa tak lagi menjelang pilihan raya khususnya mewakili parti parti pembangkang yang nekad mahu menukar para pemimpin BN sedia ada, tidak hairan lah jika kebanyakan rakyat jelata dalam Sabah sudah bosan dengan politik berjanji palsu sekadar mengumpan rakyat jelata menyokong mereka agar pemimpin tertinggi parti yakin sokongan rakyat terhadap kepimpin mereka terus terserlah walaupun buat seketika.
Dantara pemalsuan kata janji pemacu politik diperingkat sesuatu bahagian adalah berunsur pemberian pada rakyat yang membantu pemacu politik terlibat mencari ahli dengan pelbagai cara publisiti meyakinkan rakyat jelata namun akhirnya mendakwa tidak mendapat dana kewangan bagi memberi elaun kerja rakyat membantu mereka, perbuatan pemacu politik seumpama sangat memalukan dimana berjanji senang namun melaksanakan sanggup berdusta akibat mengingkari janji segala kerja yang dilakukan rakyat jelata demi kepentingan pemacu politik terlibat diperingkat bahagian tanpa mengingati kesalahan mereka terhadap seluruh rakyat jelata dalam kawasan mereka.
Segelintir pemacu politik diperingkat bahagian juga suka mendabik dada dengan keupayaan yang ada apa tak lagi boleh menyakitkan hati rakyat jelata yang menjadi pengundi setiap calon parti politik yang bertanding dalam pilihan raya akan datang, semua perilaku pemacu politik seumpama tidak dihiraukan oleh golongan terlibat semasa menjalankan kempen bersama rakyat semata mata menghindari dari memberi saguhati terhadap setiap yang mereka suruh berkempen membawa para penyokong memberi sokongan keatas pemacu politik berkenaan.
Demikian pendedahan Ekawal Abdullah @ Moribi dari Sepanggar  sebagai mengulas sikap segelintir pemacu atau penyandang jawatan sesebuah parti politik dalam satu satu bahagian yang suka mendustai rakyat dengan janji manis namun tidak dibayar bila dituntut, ini menyebabkan rakyat jelata sering beralih arah sokongan politik mereka kepada pemimpin lain yang benar benar jujur bertanggongjawab disamping tidak berhutang pada rakyat jelata yang membantu pemimpin parti politik meraih sokongan ramai dari seluruh rakyat jelata dikawasan mereka jelasnya.
Ekawal Abdullah @ Moribi menambah, sejujurnya pendedahan ini bukan mengaibkan mana mana orang pemimpin parti politik pembangkang pada peringkat sesuatu bahagian dalam negeri Sabah namun mengingatkan mereka agar berlaku jujur dengan membayar saguhati pada petugas yang telah dijanjikan, sikap amalan berjanji mereka  kepada rakyat jelata khusysnya syarikat  berlesen yang menggunakan khidmat dalam penyebaran politik mereka dimana akhirnya mungkir janji tidak membayar sebarang saguhati seperti yang dijanjikan amatlah memalukan walhal niat membangkang adalah mahu menang dalam pilihan raya penuh kepalsuan tegasnya.
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan