Rabu, 14 Februari 2018

Oleh. Bujie Tukarang
PARTI PEMBANGKANG LAGI MENONJOL DIRI
Tuaran. Dalam jelajah beberapa pemimpin parti pembangkang (tempatan Sabah) dipekan Tamparuli dekat sini seorang lagi wanita cuba menonjol diri antara DUN Tamparuli atau Parlimen Tuaran jika mendapat sokongan suara ramai dan pucuk pimpinan parti mereka, sebelum ini yang aktif menonjol diri adalah parti KEADILAN RAKYAT En. Rajimit Gunong namun kini bagai senyap tak dengar suara menyebabkan lagi wanita HARAPAN RAKYAT membuka langkah cuba mendampingi rakyat menerusi jelajah Tamu Mingguan agar jimat kos dari masuk kampung yang terlalu jauh.
Dalam jelajah parti Harapan Rakyat kawasan Tamu Tamparuli dekat sini beberapa pemimpin pusat mereka terserampak dengan Ketua Biro Borneo Penyiaran Media Terkini dengan beberapa wartawan kanan akbar tersebut namun kumpulan pemimpin parti berkenaan sekadar selamba tanpa menegur sapa bagaikan tak pernah jumpa, dalam konteks serupa Media Terkini sekadar jabat tangan tanda bersemuka namun tidak berkata sepatah pun agar tidak jadi salah tafsir pihak tertentu apa tak lagi Media Terkini Akbar bertaraf Basional atau antara bangsa  yang kini bagai goreng pisang menjadi rebutan bacaan warga sejagat.

Semua gambar disertakan adalah pemimpin pembangkang yang bakal bersaing dengan BN bagi menghulur bantuan rakyat diluar bandar namun dilapor ketiadaan dana melakukan nya. Bagi MP Tuaran DSP Madius Tangau masih meneruskan tugas mendekati rakyat sebagai Ahli Parlimen Tuaran masa kini sehingga Parlimen dibubarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan