Jumaat, 16 Februari 2018

Oleh. Noor Abdullah
PUSAT RIADAH DAN PELANCONGAN PERLU PERSEDIAAN ASPEK KESELAMATAN
Inanam. Seluruh penduduk tempatan yang bertekad menyediakan pelbagai pusat riadah dan pelancongan amnya wajar menyediakan pasukan keselamatan berdaftar terlebih dahulu bagi mengelak pelbagai kejadian tidak diingini berlaku, selain dari itu pusat pusat riadah dan pelancongan juga harus menyediakan pelbagai kemudahan  lain jika mahu menjaga imej tempat mereka dari mata pelancong asing apa tak lagi sejarah dan peradaban masyarakat setempat khususnya berbilang bangsa dan agama perlu dipelihara.
Pusat riadah dan pelancongan disetiap kampung dan daerah juga perlu mendapat pembelajaran dalam aspek keselamatan agar mampu mengesan perwatakan setiap pengunjung kawasan terlibat bagi mengelak sesuatu perkara tidak baik berlaku dihari kemudian, sikap sambil lewa mengabaikan aspek keselamatan dikalangan pelawat kawasan riadah dan pelancongan yang dibentuk individu boleh merosak nama baik perkampungan mahupun daerah jika berlaku sesuatu musibah tidak diduga apa tak lagi menyebabkan sesuatu kejadian sirius dalam kawasan terlibat pasti sejuta penyesalan terbeban dalam diri para pengusaha.
Demikian pandangan beberapa pengunjung pusat riadah dan pelancongan kecil kecilan yang tumbuh bagai cendawan dalam Sabah sejak beberapa tahun lalu namun tidak ada unsur unsur UNIT KESELAMATAN TERLATIH bagi mengawal kawasan terlibat setiap kali dilawati orang luar serta syarat syarat bimbingan utama, Geofery Abdullah dari Penampang juga yakin isu keselamatan dalam Sabah bagaikan terlalu jauh kesedaran masyarakat setempat apa tak lagi tidak ada kebimbangan melihat warga asing bergerak bebas sama seperti warga tempatan menyelusuri tempat riadah dalam perkampungan terpencil jelasnya.
Diharap isu pendedahan ini mampu membuka mata seluruh pembuka pusat riadah dan mini pelancongan kecil diperkampungan luar bandar, kelalaian dari peringkat kampung dalam meniti  perilaku setiap pelawat pusat riadah dan mini pelancongan luar bandar boleh memusnahkan nama baik warga setempat ujar beliau.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan