Khamis, 8 Februari 2018

Oleh. Noor Abdullah
MP SEPANGGAR RAKYAT MASIH PERLUKAN PRU 14
Dalam jelajah bersama masyarakat Telipok dan Inanam hari ini 9 Feb 2018 suara suara rakyat jelata terutama bumiputera setempat masih mengharap Datuk Jumat Haji Idris dapat dicalonkan bagi mengekang kekuatan sokongan seluruh parti pembangkang dalam kawasan tersebut, malah kaum Cina dan India setempat juga masih yakin Datuk Jumat Idris boleh menang besar dalam pilihan raya ke 14 jika dicalonkan pada PRU ke 14 akan datang.
Dalam jelajah tersebut Datuk Jumat Haji Idris sempat membahagi kalender tahun 2018 kepada pelbagai lapisan masyarakat dengan bergambar beliau sebagai kenangan seluruh rakyat bagi memperingati beliau selaku Wakil Parlimen Sepanggar yang amat bertanggongjawab seluruh rakyat tanpa mengira kefahaman politik, kebertanggongjawaban beliau dalam membantu rakyat seluruh Parlimen Sepanggar menyebabkan masyarakat setempat masih mengharap UMNO dan BN Malaysia memberi peluang kepada Datuk Jumat Haji Idris dicalonkan sebagai MP Sepanggar pada PRU ke 14 demi pembela rakyat jelata setempat disamping sokongan orang Cina dan India setempat setiap kali beliau (Datuk Jumat Idris) jelajah seluruh kawasan Sepanggar tegas penyokong BN seluruh Parlimen Sepanggar.
Media Terkini yang mengiringi Datuk Jumat Haji Idris bersama Pengurus Azom Productions House Cawangan Sarawak Sabah Merangkap Ketua Penyiaran Media Borneo Arman Karim mendapati pemimpin dan penyokong Parti UPKO Sepanggar, Pemimpin dan Penyokong PBS Inanam masih terus setia menyokong Gerak Kerja Datuk Jumat Idris tanpa mengira masa demi tugas sebagai Ahli Parlimen BN Sepanggar, yang menyedihkan ada individu yang menjadi penyokong BN berdasarkan pada baju sepanjang lawatan Datuk Jumat Haji Idris bagai tidak mesra rakyat dengan lagak tinggi suara besar walaupun didepan rakyat jelata jauh berbeza dengan Datuk Jumat Haji Idris yang sentiasa rendah diri bersalaman rakyat jelata walaupun mereka yang sombong berkenaan hanya ahli biasa parti sahaja namun lagak bukan kepalang mendabik dada sendiri.
Turut bersemuka Ketua Penyiaran Media Terkini Borneo ialah Datuk Jumat Haji Idris, Datuk OKK. Wiliam Majimbun, Datuk Andrew Lim, KAN Rocky Mabin KK. Peter Kayandang, Christopher Motigil, Roger Empau, Lukin Taliban,KAN Jhon Anthonny, Puan Jiniah Baranting, Mr. Frenkie Kok dan Jhonny Ku serta beberapa pemimpin wanita dan pemuda BN Sepanggar dimana mereka hairan kehadiran wartawan Media Terkini Sabah Cik Noor Abdullah membuat liputan tahun baru Datuk Jumat Idris hampir setengah hari dari Telipok hingga ke Inanam tegas mereka sambil berterima kasih dengan kerjasama Ketua Penyiaran Media Terkini Borneo memberi slot ruang siaran program Datuk Jumat Idris jelas mereka.

Gambar kenangan Datuk Jumat Haji Idris Ahli Parlimen Sepanggar selepas Jelajah Tahun Baru 2018 disebuah Restoran Terkemuka Pekan Inanam 9 Feb 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan