Isnin, 12 Jun 2017

Oleh. Willem Anak Lagau
GEDUNG TERSOHOR KAWASAN TELIPOK
Sepanggar. Masyarakat mukim Telipok dan Menggatal mampu tersenyum tanpa pergi jauh bagi membeli belah jika GRAND MERDEKA telah dibuka sepenuhnya oleh para peniaga dalam dan luar negara pada masa terdekat ini, malah kawasan gedung membeli belah tersebut terletak dalam kawasan Parlimen Sepanggar dipegang oleh MP Datuk Jumat Idris masa kini apabila menang besar pada pilihan raya ke 13 lepas menewaskan semua parti pembangkang bertanding.
Pembukaan Grand Merdeka telah dirasmikan oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeoh Boon Hai dengan ratusan orang pengunjung masa perasmian tersebut walaupun masih terlalu banyak yang berstatus lot kedai kosong, namun para pelanggan yang datang tidak mengira status gedung tersebut demi melihat kedudukan dalaman gedung berkenaan terutama status pekerja dalam gedung terlibat yang dilihat oleh pelawat gedung tersebut.
Apapun status pekerja dalam gedung yang menjadi kebanggaan masyarakat sekeliling terpulang kepada pihak berkuasa melakukan pemantauan memandangkan ia terletak dalam tangan peniaga yang menyewa, namun yang jelas gedung membeli belah terlibat amat memuaskan hati seluruh pelanggan yang mengunjungi gedung terlibat walaupun ianya masih serba kekurangan pemilihan produk barangan kepada setiap pengu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan