Ahad, 18 Jun 2017

Oleh. Jasly Dol
LEBAH TUALANG BERHIJRAH KEBANDAR

SABAH. Peniaga kawasan Segama dan Pasar Besar amnya jejentas dekat Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu gerun melihat Lebah Tualang bersarang dibumbung jejentas Segama sejak sabtu lepas 17 June 2017 tanpa dirasai wargakota yang dipercayai menjadi penghuni hutan belantara ratusan tahun dahulu yang juga dikaitkan berpenunggu setiap pokok TUALANG dihinggapi madu terlibat, namun hari ini LEBAH TUALANG atau POTIUKAN (bahasa Dusun) mulah berpindah kebandar akibat hutan tebal sudah pupus melainkan hutan simpan yang dijaga oleh penguatkuasa kerajaan supaya hutan simpan tidak diceroboh oleh manusia mahupun haiwan amnya demi memelihara keindahan hutan tebal serta arus pemandangan yang cantik dan tidak tercemar dengan projek pembangunan mapan.
Dalam kesibukan kru media terkini melakukan tugasan lain 19 June 2017  peniaga warga kota sempat memaklumkan Lebah Tualang bersarang dibumbung jejantas tanpa takut kesibukan kota, yang anehnya Lebah Tualang berbisa berkenaan tidak dihiraukan generasi warga muda mudi masa kini walaupun tergantung dan berterbangan tebuan didepan mata bagai tidak memudaratkan bagi mereka.
Beringatlah sebelum kita tersengat Lebah Potiukan Pokok Tualang djdalam hutan yang kini menumpang dibumbung Jejentas Segama berhampiran Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu Sabah.
GAMBAR LEBAH TUALANG YANG BERHIJRAH KE BANDAR KOTA KINABALU DAN SEKUMPULAN PENIAGA DIJEJENTAS LINTASAN MENUJU KE PASAR BESAR KOTA KINABALU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan