Jumaat, 16 Jun 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
PEMINTA SEDEKAH GAH BERANI TUMBUH BAGAI CENDAWAN
Sabah. Gejala peminta sedekah dipelusuk negeri Sabah bukan lagi satu tersembunyi malah pelbagai suku kaum didalam mahupun dari luar negara secara terang terangan berkeliaran siang dan malam minta sedekah dengan pelbagai teknik minta simpati semua lapisan masyarakat tanpa takut dengan orang yang berpakaian seragam, malah golongan peminta sedekah ini amat berani mengejar sesiapa sahaja bagi meminta wang ringgit tidak kira orang awam atau petugas beruniform dengan memperalat anak anak dibawah umur 5 tahun sambil anak anak terlibat bertangisan umpama sangat lapar namun tidak ada yang berani bertindak melapor kepada pihak berkuasa tempatan sehingga menjadi tiruan golongan pelancong dari luar negara untuk cari wang lebih sepanjang berada dalam Malaysia mahupun Sabah amnya.
Peminta sedekah ini juga memiliki kumpulan yang ramai berserta anak anak kecil disamping lelaki yang bagai berbulan tidak mandi menjadikan diri mereka comot dan kusut masai mendorong orang ramai menghulur derma keatas golongan terlibat sehingga peminta sedekah memperolehi RM180.00 keatas dalam sehari menjadikan peminta sedekah tumbuh gah bagai cendawan tanpa segan diperhatikan para pegawai kerajaan pasukan beruniform apa tak lagi orang orang biasa yang tidak berjawatan sekadar peminta sedekah orang asing ini tersenyum tanpa merasa takut,  ini didedahkan hasil risikan kru media terkini bagi memperolehi suara suara dari masyarakat sekeliling bagaimana peminta sedekah mampu memperolehi ratusan ringgit dalam sehari tanpa berkerja sepenuhnya seperti orang lain namun masih hidup senang tanpa mengeluarkan tenaga yang berlebihan seperti pekerja pekerja yang memerah tenaga tegas orang orang yang sempat ditemui sambil melihat betapa bertempiaran lari orang minta sedekah semasa melihat kelibat jurugambar melintasi mereka.
Pelbagai tafsiran orang ramai berhubung kebanjiran peminta sedekah di Sabah termasuklah diperalat orang orang tertentu disamping kemahuanereka sendiri bagi mendapat kewangan secara senang dan terlalu lumayan berbanding kerja kerja buruh kasar yang memerah tenaga dan keringat sekadar cukup makan tanpa kelebihan setiap bulan, selain dari itu peminta sedekah dalam Sabah juga melaporkan terlalu bebas minta sedekah tanpa dihalang para pegawai pemerintah asalkan pandai membawa diri berpindah pindah jika melihat petugas kerajaan yang melihat mereka duduk meminta sedekah terutama dalam kawasan pemimpin parti pembangkang menang tegas peminta sedekah.
Sama sama lah menilai siapa yang bertanggongjawab menghalang peminta sedekah berkeliaran dalam Sabah, jika mereka dibiarkan keluarga peminta sedekah bakal menjadi jutawsn berbanding warga Sabah yang berkerja tanpa henti sehingga tua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan