Sabtu, 24 Jun 2017

GAMBAR RAJIMIT GUNONG (KETIGA DARI KIRI GAMBAR) PARTI KEADILAN INTAI PARLIMEN TUARAN?
Sabah. Pemimpin Parti Keadilan parlimen Tuaran perlu diberi tanggongjawab memilih calon mereka bagi menantang BN dari UPKO jika pembangkang mahu menawan kerusi tersebut bagi pilihan raya ke 14 akan datang, penyokong parti Keadilan juga meramalkan beberapa senarai nama yang menjadi pilihan peneraju Parti Keadilan dengan memiliki sifat mesra rakyat pemurah membantu segala kepentingan rakyat berbilang kaum serta agama berbilang jenis.
Parlimen Tuaran juga diintai oleh parti parti pembangkang lain seperti Gabungan Sabah, Warisan, PCS disamping beberapa parti pembangkang lain namun BN menjangka mereka boleh menawan kerusi tersebut jika parti pembangkang gagal membentuk permaufakatan demi satu lawan satu dengan BN, namun dalam diam beberapa pemimpin Parti Kerjasama Rakyat Negeri Sabah juga mengintai peluang dikawasan tersebut jika memiliki calon berwibawa dan disenangi rakyat setempat setiap masa apa tak lagi jika latarbelakang bakal calon yang dikemukakan oleh ahli ahli parti senang didampingi sudah pasti mendapat undian terbanyak ujar penyokong Keadilan dan sekutunya.
Beberapa nama yang telah disenaraikan bagi pemilihan calon parlimen Tuaran antara suku Samah Bajau, Suang Lotud dan Dusun dimana sehingga berita ini ditulis penyokong parti pembangkang sentiasa menyebut nama Rajimit Gunong sebagai calon berwibawa dalam sumber  kewangan sebagai pembela dan pelaksana segala keperluan seluruh rakyat yang amat memerlukan bantuan kekurangan ekonomi keluarga, walau bagaimanapun semua bantuan yang disalurkan sentiasa dikaji terlebih dahulu dan bukan diagih umpama membahagi kueh raya demi mengelak ianya disalahguna pihak tertentu bagi mengaut keuntungan tanpa kelayakan menerima yang sebenar apa tak lagi dijadikan kempen politik parti lawan sebagai memusnahkan agenda politik insan prihatin dan pemurah seperti (Rajimit Gunong) yang mesra rakyat berbilang kaum jelas penyokong parti Keadilan Parlimen Tuaran.
Media Terkini yang cuba menjejaki beberapa pemimpin parti pembangkang dikawasan parlimen Tuaran namun sukar mendekati mereka dengan alasan pelbagai kesibukan namun rakyat jelata setempat juga  turut sukar menemui beberapa oemimpin parti pembangkang apa tak lagi jika terdapat hasrat memohon bantuan kecil kecilan ramai pemimpin pembangkang memberi seribu satu alasan diluar jangkaan, terpulang lah kepada rakyat kawasan Parlimen Tuaran memilih calon yang bertanding di Parlimen tersebut demi masa depan para penduduk asli Sabah kearah maju dalam pendidikan ekonomi dan perniagaan agar masyarakat setempat mampu merealisasikan pencapaian parlimen maju sampai kepelusuk perkampungan terpencil menjelang tahun 2025 hingga 2050 akan datang demi rakyat jelata setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan