Sabtu, 17 Jun 2017

Gambar Sekadar Hiasan
WARNA WARNI TAMU MINGGUAN DALAM SABAH
Oleh. Bujie Tukarang

Sabah. Kemelut Tamu Mingguan dalam negeri Sabah terus menjadi perbualan hangat dikalangan pelancong dalam dan luar negara berikutan kebebasan meminta sedekah dan berjualan ubat tradisional yang mampu menyembuhkan keracunan termasuklah kenser tanpa pemantauan pihak berkuasa tempatan serta penguatkuasa undang undang dalam negeri ini secara menyeluruh setiap hari, malah golongan terlibat tidak segan dengan segala perbuatan mereka yang terang terangan minta sedekah serta menjual penawar racun melibatkan racun asid serta racun pelbagai rumpai tanpa sebarang kelulusan dari pihak berkuasa tempatan bagi meyakinkan semua pelanggan yang membeli serta menderma yang diwakili apa tak lagi golongan peminta sedekah warga asing dan tidak memahami bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam negara ini terutama melibatkan nyawa orang ramai.
Tamu mingguan dalam Sabah juga amat mengelirukan berikutan kebebasan berniaga tanpa lesen mahupun pelbagai permit jika urusniaga penjaja memerlukan permit berkaitan produk jualan mereka apa tak lagi ditamu tamu mingguan terpencil, namun tidak dapat dipastikan mengapa kebanjiran penjual meragukan tanpa permit bagai cendawan tumbuh tanpa bermusim dengan dilaporkan purata pendapatan bulanan cukup lumayan tanpa sebarang kesusahan dalam meniti
kehidupan secara jujur tidak mengambil kesempatan pada orang lain demi memburu wang tanpa mengingati musibah pelanggan terima tegas pengguna ditemui.
Berwaspada lah setiap kali menjelajah tamu mingguan dipelusuk negeri Sabah dimana produk jualan mereka khususnya dikaitkan ubat ubat tradisional tidak lah memiliki sijil perubatah yang sah, demikian juga makanan termasak dimana kualiti kebersihan jelas tidak diutamakan langsung tidak bertudung memudahkan lalat dan debu menghinggapi juadah makanan tanpa diutamakan oleh golongan peniaga setempat.
AWAS PEMINTA SEDEKAH BERKELIARAN DIPELUSUK NEGERI SABAH YANG BAGAI DIBUAT PENUH PERANCANGAN, JANGAN SESEKALI MEMBERI WANG RINGGIT PADA PEMINTA SEDEKAH BAGI MENGELAK TERSALAH DERMA ATAU SALAH SALUR SEDEKAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan