Jumaat, 23 Jun 2017

 23 June 2017
EDISI SKUAD SIASAT BANDARAYA KOTA KINABALU.

Sabah. Isu PEMINTA SEDEKAH dikalangan mereka yang diragui status kerakyatan dengan mempergunakan kanak kanak dibawah umur 8 tahun semakin sirius dan menakutkan penghuni Kota Kinabalu apa tak lagi keliru menderma atau tidak, selain dari itu terdapat kes ragut beg wanita dalam pusat membeli belah yang besar tanpa rasa bersalah walaupun menjadi tontonan pengunjung kompleks membeli belah terlibat namun larian peragut cukup pantas bagaikan kilat menyambar dimuka bumi tanpa dapat dihalang pengawal keselamatan kompleks membeli belah terlibat.
Pegawai kanan kerajaan mahupun ahli ahli perniagaan harus mencari jalan bagai nama boleh membersihkan imej pemandangan dan keselamatan dalam bandaraya amnya kompleks membeli belah agar peminta sedekah warga asing tidak tumbuh bagai cendawan selepas hujan, bagi mengekang jenayah ragut seluruh pemilik kompleks membeli belah perlu mendapat khidmat bekas bekas Tentera atau bekas bekas Polis tersebut tersebut dalam permis mereka agar peragut atau pencuri mampu ditumpaskan mengikut kepakaran pesara Tentera dan Polis Malaysia.
Skuad edisi siasat media terkini  sempat melakukan tinjauan kawasan Kota Kinabalu peminta sedekah warga asing sanggup mempergunakan kanak kanak kecil menagih sedekah dari orang ramai yang bersimpati tangisan anak anak kecil, masyarakat wargakota juga perlu dididik supaya mempelajari peminta sedekah yang layak berbanding dengan peminta sedekah dirancang bagi mengaut keuntungan dibawa kenegara asal peminta sedekah tanpa diketahui tujuan kewangan yang dikumpul terbanyak ujar beberapa bekas Tentera dan bekas Polis yang ditemui.

MEDIA EDISI SIASAT TERUS
MENYELUSURI BORNEO SETIAP MASA.

Gambar anak anak dikawal minta sedekah oleh warga asing. Manakala Para pegawai kanan kerajaan bersama para Pengarah Syarikat perlu bersatu mengawal apa yang berlaku di Kota Kinabalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan