Khamis, 28 April 2022

SARANG PEMINTA SEDEKAH 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Rakyat Sabah perlu mahir membezakan OKU yang layak meminta sedekah berbanding orang sihat cukup bertenaga umpama dirancang agar tidak terjerat rayu simpati demi mengaut keuntungan tanpa berusaha dengan titik peluh sendiri. 

Bertahun tahun sudah sebilangan besar rakyat Sabah disajikan peminta sedekah orang sihat lelaki wanita tanpa diketahui asal usul mereka apa tak lagi langsung tidak fasih berbahasa Melayu namun bukan kepalang meraih derma dilaporkan puluhan ringgit sehari seorang sekadar duduk ditepi jalan sahaja.

Bayangkan lah jika kumpulan terlibat mempunyai rangkaian puluhan orang mengemis satu tempat dalam sehari sudah pasti ratusan ringgit juga golongan kumpulan pengemis mampu kutip sehari dalam satu kawasan terang aktivis masyarakat Sabah yang aktif memantau golongan tersebut setiap hari.

Antara lakonan peminta sedekah yang amat jelas kelihatan ialah mengenakan  pakaian kotor disamping tidak membersihkan kotoran pada tangan dan kaki mereka sepanjang hari melakukan kerja meminta sedekah membuatkan orang ramai bersimpati sehingga menghulur lima hingga sepuluh ringgit dalam seorang.

Anehnya tidak ramai rakyat Sabah menilai status peminta sedekah ini sihat kah tidak dirancang kah atau tidak semuanya hanya tahu menghulur duit mereka sedangkan peminta sedekah berkenaan mampu berlari macam kilat jika ada operasi memburu pengemis jalanan oleh pihak berkuasa kerajaan negeri sabah tegas aktivis masyarakat yang ditemui sekitar bandar dalam negeri ini.

Hanya Rakyat Sabah sahaja yang mampu menghentikan pengemis jalanan dengan tidak memberi sokongan tiap hari jika mereka mahu setiap lorong bandar dan pekan bersih dari pengemis jalanan pada masa akan datang.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga serta mencetak amnya memuat turun berita didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan