Khamis, 14 April 2022

HANYA INI KAH PERUBAHAN LUAR BANDAR?  
Oleh. Williem 

 Anak Lagau 

Sabah. Sesetengah orang asal negeri ini bercakap adakah setakat ini pembangunan luar bandar dipelusuk negeri ini sejak tahun 1963 sehingga kehari ini tanpa banyak perubahan sekitar perkampungan terpencil. 

Keluhan orang asal Sabah dilaporkan berasas berikutan perkampungan terpencil masih banyak tidak memiliki jalan raya, jambatan konkrit  perhubungan kenderaan bagi membawa hasil pertanian untuk dipasarkan kepekan mahupun bandar membuatkan banyak hasil tani atau kebun buah tidak dapat dipasarkan untuk bertukar kewangan.

Kes ini sangat menyentuh hati orang orang asal Sabah diluar bandar sehingga mereka terus bersuara mempersoalkan keprihatinan golongan  pemimpin kerajaan negeri silih berganti namun terlalu banyak rumah rumah perkampungan orang asal Sabah masih berjalan kaki tanpa jalan raya walhal masa pilihan raya undi mereka terus ditagih tegas orang asal Sabah. 

Sehubungan dengan paparan suara orang asal Sabah masa kini isu jalan raya dan jambatan konkrit perlu diperbanyakkan pembinaan nya tanpa banyak berdalih dalam era tahun 2022 dan seterusnya jika mahu undi rakyat mengekalkan mereka sebagai wakil rakyat dimasa akan datang.










Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan media terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan