Isnin, 18 April 2022

PUAKA DIRIMBA JARANG DIDUGA 

Oleh. Gifkir Aming 

Menyingkap rimba belantara tidak ramai mampu menduga betapa wujud penghuni yang tidak diundang namun mampu menjelma bila mana ada yang dilihat mengganggu kawasan perkampungan mereka (mahluk halus). 

Antara yang dibenci mahluk dihuntan belantara ialah manusia tidak beradap, mencemar persekitaran tapak perkampungan mereka, mulut lancang dan bicara celupar pasti tidak digemari mahluk halus disekitar belantara.

Bayangkan kekuasaan Allah swt membezakan manusia dengan mahluk halus antara kelihatan dengan tidak kelihatan walaupun bertembung dengan manusia biasa hampir setiap hari pasti tidak mampu merungkaikan kewujudan nya melainkan individu terpilih dipertontonkan oleh Allah swt.

Mahluk halus (alam ghaib) juga mampu menyesatkan perjalanan manusia ditengah hutan belantara jika terdapat kemarahan mereka pada manusia yang melintasi perkampungan mereka terutama individu yang tidak menjaga bicara mulut dan peradaban didalam hutan.

Semua langkah mendepani mahluk halus ditengah hutan perlu pengawasan dikalangan masyarakat pakar bagi meninjau lokasi lokasi menjadi tempat kumpulan mahluk halus, jika tidak dibimbangi mampu memudaratkan orang ramai yang menjelajah didalam hutan berikutan mahluk halus tidak mampu dilihat mata kasar manusia sejagat setiap masa.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga serta mencetak dan menyalin keratan berita ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan media terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan